Jumaat : 25 April 2025   
@ 27 Syawal 1446H / 5:52 PM

28Isnin,Disember

Bank ada sperma iras selebriti Hollywood

LAMAN web Cryobank yang menjelaskan perkhidmatan yang ditawarkan kepada orang ramai.

LOS ANGELES - Anda tidak perlu bimbang jika gagal mendapatkan selebriti idaman sebagai pasangan kerana peluang untuk memperolehnya masih ada, lapor sebuah akhbar semalam.

Wanita yang mengimpikan ciri kelelakian bintang bola sepak seperti David Beckham atau mahu lelaki kacak mempersonakan umpama aktor Russel Crowe boleh memilih penderma sperma mirip seperti mereka dengan menggunakan sebuah bank sperma dekat sini, California.

Selain Beckham dan Crowe, bank sperma itu, Cyrobank mendakwa memiliki penderma yang mirip Ben Affleck, Hugh Grant dan pelakon komedi, Ben Stiller.

Cryobank turut mendakwa memiliki lebih 100 penderma seiras selebriti Hollywood dan bintang sukan antarabangsa sekali gus mampu memenuhi pelbagai impian wanita.

Antara sperma yang popular termasuk yang menjanjikan wajah seiras Ben Affleck, Hugh Grant atau lebih hebat lagi, mirip aktor, Daniel Radcliffe yang sinonim dengan watak ahli sihir remaja Harry Potter.

"Adakah anda pernah membayangkan sekiranya penderma yang anda pilih mirip individu popular," kata slogan pada laman web bank sperma itu.

Seorang pelanggan bank tersebut, Lorraine Candy menyatakan, dia tertarik dengan tawaran Cyrobank kerana dapat membayangkan warna rambut dan mata selain ketinggian dan wajah anak yang bakal dilahirkan.

Namun, dalam laman webnya, bank sperma selebriti itu turut memberi amaran bahawa ia tidak dapat menjamin bahawa anak yang bakal dilahirkan seratus peratus seiras dengan penderma.

"Tiada selebriti yang benar-benar seiras penderma kami dan anda tidak boleh menganggap anak anda akan memiliki wajah seperti selebriti yang disenaraikan dalam iklan kami," jelas laman web itu.

Di bawah undang-undang Amerika Syarikat, cuma keterangan mengenai diri penderma sperma dibenarkan didedahkan manakala pelanggan dilarang menemui penderma atau melihat gambar mereka.

Menurut Cyrobank, 40 peratus pelanggannya ialah pasangan suami isteri yang mandul dengan selebihnya terdiri daripada wanita bujang dan pasangan homoseks. - Agensi

Muhammad Ttuyup , Isnin, Disember 28, 2009 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Muhammad Ttuyup

CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog