2+4 hrs...Twogether Fourever

/

AS palsukan dokumen Iran cipta bom atom

WASHINGTON: Satu dokumen teknikal sulit Iran menggambarkan usaha Teheran untuk mencipta sebuah bom atom dipalsukan oleh Washington, Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad memberitahu satu program berita Amerika Syarikat kelmarin.

Ahmadinejad ditanya oleh ABC News mengenai laporan akhbar Times of London minggu lalu dalam apa yang digelar dokumen teknikal sulit Iran menjelaskan rancangan empat tahun untuk menguji pencetus neutron, bahagian kepala peledak nuklear yang menyebabkan letupan.

"Ia semuanya sekumpulan dokumen yang terus-terusan dipalsukan dan diedarkan oleh kerajaan Amerika," katanya kepada rangkaian Amerika itu dalam satu temu ramah di Copenhagen, Denmark, selepas menghadiri persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

"Laporan bahawa Iran kini sedang menyiapkan bom pada asasnya tidak benar," kata Ahmadinejad.

Akhbar Times of London menerbitkan pada 14 Disember apa yang dikatakannya dokumen berbahasa Parsi bersama terjemahan dalam bahasa Inggeris bertajuk: 'Outlook for Special Neutron-Related Activities Over the Next Four Years' (Matlamat Aktiviti Khas Berkaitan Neutron Dalam Tempoh Empat Tahun).

Dokumen itu menjelaskan langkah membangun dan menguji bahagian pencetus neutron, alat yang mengepam uranium diperkayakan dengan partikel subatom untuk bersentuhan supaya menghasilkan tindak balas berangkai letupan nuklear.

Minggu lalu jurucakap Kementerian Luar Iran Ramin Mehmanparast berkata laporan itu tidak berasas, tidak perlu diberi perhatian, bertujuan meletakkan tekanan politik dan psikologi ke atas Iran.

Iran, pengeksport minyak mentah kelima dunia, berkata program pengayaan uraniumnya bertujuan menjana kuasa elektrik supaya ia dapat mengeksport lebih banyak minyak dan gas. Barat percaya Iran mahu membuat bom hasil pengayaan uranium kerana rekod rahsia nuklearnya. - R
euters

'Api' Harjan Milosevic , Rabu, Disember 23, 2009 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog