2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Antartika akan diselia ketat

DUA kapal pelayaran Norway,e M/S Nordnorge (kiri) dan M/S Nordkapp di Paradise Bay, Antartika.

 

WELLINGTON, New Zealand 14 Dis. - Negara-negara yang menguruskan Antartika merancang untuk memperketatkan kawalan terhadap kapal-kapal yang melalui laut selatan dan bahan api yang mereka gunakan bagi mengurangkan ancaman ke atas manusia dan bencana alam sekitar memandangkan jumlah pelancong semakin meningkat.

Kod baru itu akan mengurangkan jumlah kapal yang membawa pelancong ke rantau itu dengan semua kapal yang belayar dikehendaki memasang rangka badan yang kukuh untuk bertahan di atas permukaan ais laut.

Pegawai dan operator perkapalan berkata, larangan terhadap penggunaan bahan api berat secara efektifnya akan menghalang kapal-kapal besar pesiaran untuk melalui laut itu.

Pakar-pakar di kalangan 47 negara yang menandatangani Perjanjian Antartik - alat utama dunia untuk menguruskan benua itu dan Pertubuhan Maritim Antarabangsa telah membincangkan beberapa pelan untuk mengenakan Kod Polar mandatori bagi mengawal semua aktiviti perkapalan dalam satu mesyuarat yang diadakan di ibu negeri New Zealand, Wellington, kata pegawai.

Kawalan keselamatan disifatkan sangat penting untuk mengehadkan jumlah kemalangan di rantau itu, di mana hujan lebat, kabus, angin kencang dan pinggir pantai yang berbatu mengundang bahaya kepada kapal-kapal dan masalah besar kepada pasukan penyelamat yang berada ratusan kilometer daripada kawasan perairan Antartik.

"Kod itu akan meliputi reka bentuk kapal, peralatan keselamatan, operasi perkapalan dan latihan krew untuk pelayaran mengharungi kawasan ais," kata pengerusi mesyuarat dan pakar polisi Antartik New Zealand, Trevor Hughes.

Kod Polar yang hampir siap itu dijangka akan dilaksanakan pada tahun 2013, katanya.

Sejurus selepas diluluskan, ia akan beroperasi secara sukarela sehingga ia dipersetujui oleh negara-negara yang telah menandatangani perjanjian sebelum ia termeterai secara sah.

Tatkala peraturan seperti melarang pelancong atau pengendali lawatan daripada membuang sampah sarap atau sisa kumbahan manusia, dan perlindungan untuk kawasan pembiakan haiwan, tiada sebarang kod rasmi untuk jenis kapal yang boleh digunakan di perairan itu atau jenis bahan api dan lain-lain produk minyak yang dibenarkan.

Mac depan, Pertubuhan Maritim Antarabangsa, sebuah agensi perkapalan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), akan meluluskan larangan terhadap muatan atau penggunaan minyak berat di Antartika. Ia akan dikuatkuasakan pada tahun 2011.

Langkah itu dilakukan berikutan peningkatan jumlah pelancong yang berkunjung untuk menyaksikan tanah gersang terakhir yang mengkagumkan di dunia ini.

Setiap tahun, jumlah pelancong telah meningkat daripada 10,000 orang sejak sedekad lalu kepada 45,000 orang tahun lepas.

Pelancong boleh membayar antara AS$3,000 (RM10,800) dan AS$24,000 (RM86,400) untuk dua minggu pelayaran.

Sesetengah kapal pelayaran membawa kira-kira 3,000 penumpang yang juga membawa bertan-tan minyak berat, bahan kimia dan sampah yang boleh mencemarkan rantau itu.

Pengurus operasi syarikat eko-pelancongan Antartik, Heritage Expeditions berkata, larangan mengenai minyak berat itu 'akan menamatkan operasil kapal-kapal persiaran daripada Antartik' kerana ia melibatkan kos yang banyak untuk menukar kepada minyak yang lebih ringan.

Perjanjian Antartik yang kali pertama ditandatangani pada tahun 1959, ialah alat utama untuk mengawal benua yang tidak berpenghuni manusia itu.

New Zealand merupakan sebuah daripada 12 anggota pengasas perjanjian, bersama dengan Amerika Syarikat (AS), Rusia dan Britain, dan kini ia mempunyai seramai 47 anggota. - AP

Muhammad Ttuyup , Selasa, Disember 15, 2009 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Muhammad Ttuyup

CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog