2+4 hrs...Twogether Fourever

Isnin : 21 April 2025   
@ 23 Syawal 1446H / 4:31 PM

23Isnin,November

Zulhijah bulan menyahut seruan ilahi

SEMPENA 9 Zulhijah 1430 (26 November 2009), bulan kemuncak pelaksanaan ibadat haji, tetamu Allah beramai-ramai wukuf di Arafah. Ada beberapa hikmat mengerjakan ibadat haji sama ada bagi individu, masyarakat dan negara. Antaranya ialah:

Mengerjakan haji mendapat banyak ganjaran dan keampunan Allah

Sabda Baginda Rasulullah SAW, "Antara umrah pertama dengan kedua penghapusan dosa (yang dilakukan antara keduanya) dan haji mabrur tiada pahala kecuali syurga." (Riwayat Al Bukhari) .

 

Menjalin dan menguatkan ikatan persahabatan (ukhuwah Islamiah)

Ibadah ini membuka ruang untuk berkenal, bertukar pendapat membincangkan mengenai pelbagai masalah dihadapi umat Islam seluruh dunia.

Menambah pengalaman dan meluaskan pengetahuan

 

Jemaah berpeluang melihat tempat bersejarah dan melihat serta berkenalan dengan saudara Islam yang datang dari pelbagai negara, bangsa dan corak kebudayaan.

Menanam keinsafan

Ketika mengerjakan ibadat haji semua orang sama dan memakai pakaian yang serupa pula. Tidak ada beza antara rakyat, orang biasa, orang berpangkat dan antara orang kaya dan miskin..

Melatih diri bersabar, berani dan tabah hati

 

Hal ini terangkum dalam talbiah Rasulullah: "Aku datang (memenuhi panggilan-Mu), ya Allah, aku datang. Aku datang tiada sekutu bagi-Mu, aku datang. Sesungguhnya segala pujian, kenikmatan dan kerajaan (kekuasaan) milik-Mu tiada sekutu bagi-Mu" (Riwayat Al Bukhari)

Jelaslah, Zulhijah adalah bulan menyahut panggilan Ilahi dan menjalin persaudaraan sejagat. Allah memilih 10 hari pertama Zulhijjah dengan mentakdirkan ada hari Tarwiyyah (hari kelapan), hari Arafah (hari kesembilan) dan Nahar (hari ke-10) yakni disunatkan berkorban, talbiah, haji dan ibadah lain.

Pada hari pertama hingga 10 Zulhijah, mempunyai kelebihan tersendiri. Dalam hal ini, Ibnu Abbas meriwayatkan hadis Rasulullah sabdanya yang bermaksud:

"Hari Allah mengampunkan Nabi Adam adalah hari pertama Zulhijah. Sesiapa berpuasa pada hari itu, Allah mengampunkan dosanya.

"Pada hari kedua, Allah mengabulkan doa Nabi Yunus dan mengeluarkan baginda daripada perut ikan. Sesiapa berpuasa pada hari itu, pahalanya seperti orang beribadah kepada Allah Taala selama setahun serta tidak menderhaka Allah dalam ibadatnya meskipun sekadar sekelip mata.

"Pada hari ketiga, Allah mengabulkan doa Nabi Zakaria. Sesiapa berpuasa pada hari itu, maka Allah mengabulkan doanya.

"Pada hari keempat, Nabi Isa dilahirkan. Sesiapa berpuasa pada hari itu, Allah menghapuskan kesusahannya dan kefakirannya. Di samping itu, pada hari kiamat akan duduk bersama orang yang baik dan mulia
."

Hari Raya Haji mempunyai keistimewaan yang harus diperbesarkan umat Islam. Ia bertujuan mengingati dan mengenang semula serta mengambil iktibar daripada pengorbanan tiga manusia agung yang harus dicontohi setiap lapisan masyarakat, ibu bapa, remaja dan juga pemimpin bagi membina sahsiah dan kecemerlangan dalam kehidupan.

Tiga manusia agung itu ialah Nabi Ibrahim AS yang berjiwa kebal dan kental serta mempunyai cita-cita unggul.

Kedua, Hajar sebagai isteri salihah yang bertakwa kepada Allah sekali gus sebagai ibu penyayang, serta mempunyai kesabaran yang luar biasa.

Ketiga, Nabi Ismail sebagai anak salih yang berjiwa takwa, tawakal sehingga sanggup disembelih bapanya demi menjunjung titah perintah Allah.

Demikianlah kisah perjuangan dan pengorbanan Nabi Ibrahim AS. Kisah itu perlu dijadikan iktibar demi meniupkan semangat kesedaran, tanggungjawab dan rasa cinta yang mendalam terhadap Allah SWT.

Sesungguhnya jasa dan pengorbanan Nabi Allah Ibrahim AS sangat besar iaitu dalam usaha menegakkan agama Allah dan membangunkan Makkah dan men-jadikannya kota suci umat Islam yang penting.

 

Oleh Dr Aminudin Mansor

Muhammad Ttuyup , Isnin, November 23, 2009 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Muhammad Ttuyup

CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog