/

Membina Tamadun: Belajarlah dari Firaun!

Dalam sejarah manusia, banyak tamadun yang lahir. Di antara tamadun yang pernah wujud dan kesannya boleh dilihat sampai sekarang ialah tamadun Mesir kuno. Wujudnya piramid di padang pasir dengan begitu gah menjadi salah satu tarikan pelancong ke Mesir dan menjadi identiti penting negara tersebut. Kehebatan pembinaan piramid menjadi satu misteri hingga sekarang. Namun yang pasti, pembinaan tersebut tentulah memakan tenaga manusia yang tidak sedikit. Tidak mustahil jutaan tenaga rakyat telah digunakan untuk membina piramid – piramid itu.

Di antara pemerintah Mesir kuno pula ialah raja-raja yang digelar sebagai Firaun. Allah mengabadikan kisah Nabi Musa yang berdepan dengan Firaun di zamannya di dalam al-Quran. Ia adalah di antara kisah panjang seorang Nabi berhadapan dengan seorang pemerintah. Firaun menjadi simbol sebuah kezaliman. Bukan sahaja kezaliman mengaku sebagai tuhan, juga kezaliman akta-aktanya yang membunuh anak lelaki dan membiarkan hidup anak perempuan dan memperhambakan Bani Israel.

Firaun membangunkan negerinya. Banyak projek pembangunan yang dilaksanakannya. Ia berbangga dengan segala projek yang dibuatnya. Papantanda 'Ini adalah satu lagi projek kerajaan Firaun' diletakkan di merata tempat. Piramid juga dibina di atas keringat, darah dan airmata rakyatnya. Allah menyebut di dalam al-Quran, maksudnya:
" Wahai kaumku! Bukankah aku yang memerintah Mesir dan sungai-sungai ini mengalir di bawah kekuasaanku. Tidakkah kamu lihat?" (az-Zukhruf : 51)

Kesan projek pembangunan Mesir kuno oleh Firaun kekal sehingga sekarang. Tetapi adakah projek pembangunan itu berdasarkan Aqidah yang benar? Atau taqwa yang ada dalam diri? Atau manfaatnya untuk rakyat terbanyak?

Projek pembangunan yang dibuat bukan atas dasar taqwa, bukan untuk rakyat terbanyak, bukan bukan tetapi pembangunan berlaku di atas kezaliman terhadap Allah dan makhluk. Kezaliman terhadap Allah kerana tidak mahu beriman dengan Allah dan Nabi Musa. Allah berfirman, maksudnya:
" Berikanlah kepadaku wahai hamba-hamba Allah (apa-apa yang menandakan kamu menerima kerasulanku) . Sesungguhnya aku ini seorang Rasul yang amanah, yang diutuskan kepada kamu. Dan janganlah kamu berlaku sombong takabbur terhadap Allah. Sesungguhnya aku ada membawa kepada kamu mukjizat yang jelas nyata." (Ad-Dukhan: 18-19)

Kezaliman terhadap makhluk kerana penindasan yang berlaku terhadap rakyatnya. Allah berfirman, maksudnya:
"Dan demi sesungguhnya! Kami telah selamatkan kaum Bani Israel dari azab yang menghina dari penindasan Firaun. Sesungguhnya ia adalah seorang yang sombong takabbur lagi terbilang dari orang yang melampaui baatas (dalam keganasan dan kekejamannya) ." (Ad-Dukhan: 30- 31)

Pembangunan yang dibuat oleh Firaun dengan membina piramid dan projek-projek tajaannya tidak dapat menyelamatkan dirinya dari azab Allah. Ia ditenggelamkan dalam Laut bersama bala tenteranya. Allah berfirman, maksudnya:
"Dan tinggalkanlah laut itu dalam keadaan tenang, terbelah, kerana sesungguhnya mereka yang mengejarmu itu ialah tentera yang akan ditenggelamkan (sehingga binasa)." (Ad-Dukhan:24)

Apakah yang ditinggalkan oleh Firaun? Kebun, taman, mata air semuanya adalah hasil pembangunan kebendaan Firaun, tetapi apa yang boleh dibawa oleh Firaun sebagai bekalan? Allah berfirman, maksudnya:
"Banyak sungguh kebun dan mata air, mereka tinggalkan. Dan juga pelbagai jenis tanaman serta tempat-tempat kediaman yang indah mulia. Dan juga kemewahan hidup yang mereka sekian lama menikmatinya. Demikianlah keadaannya (hukum Kami ke atas orang yang derhaka) dan Kami jadikan semua peninggalan Firaun dan orangnya; milik kaum yang lain (kaum Bani Israel)" (ad-Dukhan: 25- 28)

Sejarah Firaun membina tamadun Mesir kuno masih boleh dilihat sehingga sekarang. Piramid yang tersergam besar seakan-akan mahu memberitahu: "Wahai orang yang membangunkan negara! Wahai Pembina tamadun! Belajarlah kamu dari Firaun yang telah membinaku ini!""


KALAM HIKMAH :

" Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara"
- Saidina Abu Bakar As-Siddiq

" Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. "
- Imam Umar bin Abdul Aziz


Sumber dari: www.tamanilmu.com
try , Selasa, Ogos 04, 2009 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog