/

Ulama Indonesia & akhlak pelayar internet

Sidang cari jalan sekat berlaku zina

SURABAYA 22 Mei : Kira-kira 700 ulama di Indonesia yang mengadakan persidangan di bandar raya ini mencari jalan memperkenalkan peraturan online dalam usaha mengawal akhlak pelayar internet, sambil berkata laman rangkaian sosial seperti Facebook yang semakin popular boleh menggalakkan hubungan seks haram.

Jurucakap persidangan, Nabil Haroen, berkata kumpulan ulama itu sedang menimbang mewujudkan garis panduan melarang umat Islam daripada melayari internet untuk mencari teman dan melakukan perbuatan yang mereka percaya boleh menggalakkan hubungan luar nikah.

Facebook berkata Indonesia yang mempunyai 235 juta penduduk, mempunyai pengguna paling ramai dan jumlahnya meningkat 645 peratus tahun lalu kepada 830,000 orang, mengalahkan China dan India.

Dengan jumlah kurang 0.5 peratus penduduk Indonesia mempunyai kemudahan internet, industri ini mempunyai potensi berkembang pesat dalam tempoh terdekat.

"Ulama berpendapat adalah penting agar satu maklumat undang-undang mengenai rangkaian maya diwujudkan, berikutan persahabatan secara online boleh membawa kepada hubungan 'nafsu' yang dilarang oleh Islam," katanya.

Beliau berkata, walaupun umat Islam boleh terus menjadi pengguna laman web, panduan untuk melayarinya mengikut nilai Islam amat diperlukan.

Facebook tidak dapat dihubungi mengulas lanjut.

Sembilan puluh peratus penduduk Indonesia beragama Islam walaupun kebanyakan mereka mengamalkan ajarannya secara sederhana.

Maklumat oleh ulama tidak mempunyai kuasa perundangan, tetapi ia boleh disahkan Majlis Ulama yang baru-baru ini menguatkuasakan fatwa mengenai tabiat merokok dan yoga. - AP

****

Ulama Indonesia benarkan Facebook

SURABAYA 22 Mei - Ulama Indonesia yang membincangkan bahaya populariti laman web rangkaian sosial Facebook, hari ini memutuskan bahawa umat Islam boleh menggunakannya untuk berhubung dengan rakan-rakan dan melakukan kerja, tetapi bukan untuk bergosip atau bermain cinta.

Fatwa itu dikeluarkan selepas mesyuarat dua hari badan ulama di negara yang memiliki penduduk beragama Islam paling ramai di dunia.

Sekitar 700 ulama bersetuju menyediakan draf garis panduan melayari Internet selepas menerima aduan mengenai Facebook dan beberapa laman web rangkaian sosial lain yang dikatakan menggalakkan zina, kata jurucakap penganjur, Nabil Haroen.

"Mereka memutuskan bahawa Facebook adalah haram sekiranya digunakan untuk tujuan bergosip dan menyebarkan fitnah.

"Penggunanya juga tidak boleh menanyakan soalan lucah atau apa jua cara yang menggalakkan kelakuan tidak beradab," katanya lagi.

Namun para ulama mengakui terdapat kebaikan dalam laman web seperti Facebook dan beberapa cara baru untuk berkomunikasi seperti khidmat pesanan ringkas (SMS) atau sidang video.

Perintah sepanjang 300 perkataan oleh badan ulama Indonesia juga sedar teknologi hari ini memudahkan golongan muda berhubung kerana tiada lagi 'kekangan sempadan dan masa' seterusnya membolehkan mereka mengenali satu sama lain untuk mengetahui mereka sepadan atau tidak.

Facebook tidak mengeluarkan sebarang ulasan hari ini namun sebelum ini menyatakan bahawa pengguna laman ini biasanya menggunakannya untuk berhubung dengan kawan-kawan, keluarga atau mencari maklumat mengenai isu tempatan dan antarabangsa. - AP
'Api' Harjan Milosevic , Sabtu, Mei 23, 2009 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog