
Gambaran pelukis tentang planet Gliese 581 d (tengah) dan planet Gliese 581 e (kiri) yang dikeluarkan oleh Organisasi Eropah untuk Penyelidikan Astronomi di Hemisfera Selatan, kelmarin (22 April).
Penyelidik Eropah itu berkata, mereka bukan sahaja menemui eksoplanet terkecil, yang dipanggil Gliese 581 e, tetapi juga mendapati sebuah planet berada berdekatan yang ditemui lebih awal iaitu Gliese 581 d, berada dalam zon habitat yang mempunyai potensi kehidupan.
"Penyelidikan terbaru eksoplanet yang dipanggil The Holy Grail itu mengesan planet berbatu seperti bumi di 'zon habitat'," kata penyelidik astronomi, Michel Mayor dari Universiti Geneva, Switzerland.
Eksoplanet ialah planet di luar sistem solar. Gliese 581 e hanya mempunyai saiz 1.9 kali lebih besar daripada bumi, manakala planet-planet yang ditemui di luar sistem solar sebelum ini mempunyai saiz hampir sama dengan planet planet Jupiter yang menurut (NASA) saiznya yang terlalu besar itu seolah-olah boleh menelan lebih 1,000 planet Bumi.Kedudukan Gliese 581 e ialah berada di kawasan yang paling hampir dengan bintang yang terdekat dengan bumi, menjadikannya terlalu panas untuk didiami oleh kehidupan.
Mayor berkata, tetapi ia tetap satu kejayaan, kerana penemuan itu yang terletak 20 1/2 tahun cahaya dari Bumi dalam sistem solar, ''satu contoh terbaik bahawa kita mencapai kejayaan bagi mengesan planet yang menyerupai Bumi."
Saintis turut mendapati orbit planet Gliese 581 d yang ditemui pada 2007 terletak dalam 'zon habitat' - satu kawasan sekitar bintang seperti matahari yang membolehkan air menjadi cecair di permukaan planet itu. - AP

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "