Saya tidak tahu sejauh mana kesahihan cerita ini, tetapi selepas mendapat satu e-mel daripada rakan, pendirian saya sekarang ialah lebih baik berhati-hati daripada menggigit jari.
Ini kisah mengunci kereta dengan menggunakan alat kawalan jauh (remote control).
Katanya, alat untuk membaca isyarat kawalan jauh kunci kereta anda dibuat di China yang kini telah sampai ke negara jiran kita. Kebanyakan kereta hari ini dilengkapi dengan kunci kawalan jauh yang memudahkan kita.
Tetapi menurut e-mel kawan saya itu, kalau hendak selamat apabila di negara jiran (mungkin tidak lama lagi di negara kita juga), lebih baik mengunci kereta dari dalam.
Ini kerana apabila anda menggunakan alat kawalan jauh untuk mengunci kereta, alat itu akan mengeluarkan isyarat yang dapat dibaca oleh satu lagi alat yang dipegang oleh bakal pencuri yang mungkin bersembunyi di semak atau belakang tembok. Mungkin juga pemandu yang sedang duduk dalam kereta di sebelah kereta anda!Anda mungkin tidak menyedarinya. Siapalah yang akan mengesyaki apa-apa kan? Tetapi alat yang digunakan penjenayah itu dapat membaca isyarat yang dikeluarkan oleh alat kawalan jauh dari kunci anda dan merakamkannya.
Anda tinggalkan kereta untuk seketika sahaja dan apabila pulang, kereta anda telah digeledah dan barang-barang berharga hilang.
Hanya beberapa minit sahaja yang diperlukan untuk melakukannya.
Kalau anda kurang bernasib baik lagi, pencuri yang sudah canggih sekarang boleh menghidupkan sekali enjin kereta anda dan cabut lari.
Tetapi jika anda mengunci pintu dengan menekan butang kunci pada pintu kereta anda dari dalam, tiada sebarang isyarat yang dikeluarkan.
Saya belum lagi dapat mengesahkan hal ini, tetapi seperti yang saya katakan tadi, lebih baik berhati-hati sebelum menggigit jari.
Kunci kereta dari dalam tanpa menggunakan alat kawalan jauh. - source
Jumaat, Mei 08, 2009
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Kenapa mesti kunci kereta dari dari dalam silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "