/

Ibu menyusu bayi kurang risiko serangan jantung

Saintis percaya kesan penyusuan lebih kompleks terhadap kesihatan

WASHINGTON: Wanita yang menyusukan bayi mereka menambah satu lagi faedah kesihatan kerana amalan itu dapat mengurangkan risiko mendapat serangan jantung, sakit jantung atau angin ahmar, kata penyelidik.

Kajian di Amerika Syarikat mendapati wanita yang menyusukan bayi lebih setahun menurunkan risiko mendapat penyakit berkenaan sehingga 10 peratus berbanding mereka yang tidak pernah berbuat demikian.

Malah proses penyusuan selama sekurang-kurangnya sebulan sudah cukup mengurangkan risiko diabetes, tekanan darah tinggi dan kolesterol tinggi.
Penyelidikan itu disiarkan dalam jurnal Obstetrics and Gynaecology. Hasil kajian menambah bukti yang semakin banyak mengenai kebaikan menyusu bagi kedua-dua ibu dan anak.

Ketika menyusu mengurangkan risiko wanita diserang barah ovari, barah payu dara dan osteoporosis pada lewat usia mereka, bayi yang disusukan dengan susu ibu pula dilindungi daripada obesiti, diabetes, asma dan jangkitan telinga, perut dan dada.

Kajian terbaru oleh sepasukan saintis Universiti Pittsburgh memberi tumpuan kepada hampir 140,000 wanita yang sudah menopaus.

Secara purata, sudah 35 tahun sejak wanita berkenaan menyusukan anak buat kali terakhir, menunjukkan faedahnya berkekalan selama beberapa dekad.

Selain mengurangkan risiko masalah jantung, menyusu selama lebih setahun turut menurunkan risiko tekanan darah tinggi sebanyak 12 peratus dan diabetes serta kolesterol tinggi sekitar 20 peratus.

Kajian menunjukkan menyusukan bayi mungkin mengurangkan risiko kardiovaskular dengan menurunkan lemak yang tersimpan dalam tubuh.
Bagaimanapun, penyelidik percaya kesannya lebih kompleks, dengan pembebasan hormon yang dirangsang oleh proses penyusuan turut memainkan peranan.

Salah seorang penyelidik, Dr Eleanor Bimla Schwarz, berkata: "Kita sudah lama tahu kebaikan menyusu untuk bayi dan ibu. Penyusuan ibu adalah cara penting tubuh wanita pulih daripada proses kehamilan.

"Apabila proses ini terganggu, wanita berkemungkinan mendapat masalah kesihatan termasuk serangan jantung dan angin ahmar. - Agensi
Muhammad Ttuyup , Sabtu, Mei 09, 2009 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Muhammad Ttuyup

CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog