Google Maps versi Malaysia yang disediakan di laman web http://maps.google.com.my itu turut memuatkan pelbagai maklumat seperti tempat makan dan hiburan, tempat tarikan pelancong serta maklumat hartanah seluruh negara.
Pengurus Produk, Google Southeast Asia, Andrew McGlinchey, berkata Google Maps boleh memaparkan maklumat dalam bahasa Malaysia, Cina, Inggeris, Tamil dan banyak bahasa lain dan menjadi sumber mendapatkan pelbagai maklumat tempatan secara mudah.
McGlinchey berkata, platform pencarian tempatan itu turut digabungkan dengan maklumat yang disediakan organisasi tempatan seperti Super Pages bagi pelbagai alamat perniagaan; KLue untuk maklumat tempat makan dan acara menarik semasa yang akan dan sedang berlangsung serta iProperty.com mengenai maklumat hartanah.
Beliau berkata, turut dimuatkan adalah maklumat tempat tarikan pelancong dan cara mengunjungi ke tempat berkenaan menerusi Virtual Malaysia.
"Penyedia maklumat dan kandungan tempatan itu juga akan memastikan maklumat disediakan dalam web ini sentiasa dikemas kini," katanya.
Sementara itu, Ketua Pemasaran Google Southeast Asia, Derek Callow, berkata Google Maps membolehkan pengguna tempatan, perniagaan dan pemaju hartanah berkongsi maklumat mengenai Malaysia secara percuma, menjadikannya satu laman web yang kaya dengan maklumat.
"Ia adalah permulaan yang baik untuk mengadakan kerjasama dengan banyak organisasi Malaysia bagi memasukkan maklumat ke dalam laman web ini," katanya.
Beliau berkata, ahli perniagaan boleh memanfaatkan laman web itu dengan menyenaraikan tempat perniagaan mereka di laman web itu secara percuma.
"Dengan adanya pautan 'Local Business Center' syarikat Malaysia boleh menyenaraikan perniagaan mereka di laman web ini untuk maklumat itu diterokai berjuta pengguna internet yang mencari maklumat di Google Maps," katanya.
Beliau berkata, untuk menyenaraikan perniagaan mereka, peniaga hanya perlu memasuki laman web http://maps.google.com.my/local/add. - bh
Oleh Azli Ayob
azliayob@bharian.com.my

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "