Lembaga Tabung Haji (TH) dalam kenyataan media Jumaat menjelaskan kenaikan kadar bayaran haji itu tidak dapat dielakkan ekoran peningkatan kos penginapan dan penerbangan sepanjang lapan musim yang lepas.
"Ini adalah kenaikan minimum sejak lapan musim yang lalu di mana kali terakhir Tabung Haji menaikkan bayaran haji adalah pada musim haji 1422H bersamaan 2002 iaitu dari RM8,585 kepada RM9,445," menurut kenyataan itu.
Pada musim haji 2004, TH telah mengurangkan bayaran haji sebanyak lima peratus dan sejak itu jemaah haji dikenakan bayaran haji sebanyak RM8,973 sahaja.
Berdasarkan kenyataan itu, anggaran kos haji bagi setiap jemaah untuk musim ini adalah RM12,600.
Pada musim haji lepas, TH telah menampung RM75 juta bagi menanggung peningkatan kos haji, yang bersamaan dengan RM2,350 bagi setiap jemaah, katanya.
"Dengan kenaikan bayaran haji ini, Tabung Haji akan terus menanggung sekurang-kurangnya RM70 juta untuk musim ini bagi menampung kenaikan kos terutamanya kos penginapan dan makanan di Tanah Suci," katanya.
Peningkatan kos penginapan adalah disebabkan kerja-kerja pembesaran dalam lingkungan 800 meter ke bawah di persekitaran Masjidil Haram bagi tujuan pembangunan semula dan pembesaran medan masjid.
Ini menyebabkan beberapa hotel atau rumah penginapan bagi jemaah haji telah dirobohkan, menyebabkan kekurangan jumlah katil di kawasan berhampiran masjid, sekali gus meningkatkan harga hotel di sekitarnya.
Tabung Haji akan terus berusaha untuk menangani peningkatan kos demi mengurangkan beban jemaah, termasuk menanggung kos berkaitan penyediaan jemaah haji untuk menunaikan haji seperti bayaran penganjuran kursus haji bersiri, intensif dan perdana serta penyediaan buku-buku panduan haji serta kos penghantaran petugas haji.
TH bagaimanapun tidak menolak kemungkinan mengkaji semula bayaran haji untuk musim akan datang jika kos penginapan dan kos-kos lain terus meningkat, namun menegaskan bahawa secara purata bayaran yang dikenakan kepada jemaah Haji Malaysia masih yang terendah di rantau ini. - Bernama
Sabtu, Mei 16, 2009
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Bayaran Haji Musim Ini Meningkat Kepada RM9,980 silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "