KUALA LUMPUR, 10 April - Kementerian Kesihatan telah mengesan produk ubat tradisional tempatan yang dipasarkan di luar negara mengandungi campuran bahan kimia berbahaya sehingga menjejaskan imej negara.
Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan berkata pihaknya telah menerima laporan dari luar negara mengenai campuran kandungan bahan kimia dalam rumusan herba ubat tradisional keluaran Malaysia.
"Tindakan pengusaha produk tradisional ini telah memberi imej negatif serta menjejaskan maruah negara di mata dunia," katanya dalam kenyataan di sini Jumaat.
Berikutan tindakan itu, katanya Kementerian Kesihatan memberi amaran kepada pengusaha supaya jangan campur kandungan bahan kimia berbahaya dalam rumusan herba ubat tradisional bagi meningkatkan keberkesanan produk keluaran mereka.
Katanya kementerian berkenaan telah melaksanakan sistem pendaftaran ubat-ubatan termasuk ubat tradisional bagi memastikan kandungannya hanya mengandungi bahan herba dan semulajadi sahaja.
Bagaimanapun, biro itu berkata masih terdapat ubat tradisional di pasaran yang mengandungi bahan berbahaya seperti sildenafil, tadalafil dan steroid.
Menurut kenyataan itu, dari tahun 2006 hingga 2008, terdapat 17 produk untuk kesihatan lelaki, enam produk pelangsing badan, lima ubat batuk, dan empat ubat sakit sendi yang mengandungi bahan campuran berbahaya.
"Perkara ini sangat serius kerana penggunaan ubat-ubatan ini berpotensi mengakibatkan kesan buruk kepada pengguna yang menghidap penyakit jantung, darah tinggi atau mereka yang sedang menggunakan ubat-ubat lain," katanya.
Katanya kementerian akan mengambil tindakan tegas terhadap syarikat atau pengeluar termasuk membatalkan pendaftaran produk dan lesen pengilang di bawah Akta Jualan Dadah 1952. - Bernama
Sabtu, April 11, 2009
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Ubat Tradisional M'sia Di Pasaran Luar Negara Dikesan Mengandungi Bahan Berbahaya silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "