Ahad : 13 April 2025   
@ 15 Syawal 1446H / 3:02 PM

2Khamis,April

Sindiket Kad Kredit Palsu Mempunyai Rangkaian Di Asia Tumpas

HYDERABAD, 1 April - Sindiket kad kredit palsu melalui internet yang mempunyai rangkaian di beberapa negara termasuk Malaysia, berjaya ditumpaskan polis Hyderabad.

Kumpulan itu dipercayai telah mengeluarkan berjuta-juta ringgit, menggunakan data pemilik kad kredit sebenar di Malaysia, Singapura, Sri Lanka dan negara lain di Asia Tenggara.

Pasukan khas polis dari Bandaraya Hyderabad yang memburu kumpulan itu sehingga ke selatan India, menahan tiga lelaki pada Isnin.

Kesemua suspek yang berumur dalam lingkungan awal 30-an, ditahan semasa menginap di sebuah hotel murah di Hyderabad.

Dalam operasi itu, polis merampas 85 keping kad kredit bank tempatan dan antarabangsa, mata wang asing, satu alat yang digunakan untuk membaca dan menulis data kad kredit dan sebuah komputer riba.

Polis, bagaimanapun akhirnya berjaya mengesan operasi perancang sindiket itu, kata Timbalan Pesuruhjaya Polis Bandaraya Hyderabad V. B. Kamalasan Reddy kepada Bernama hari ini.

Katanya pada minggu lepas sahaja, suspek didakwa mengeluarkan 150,000 Rupee (RM11,500) menggunakan kad kredit palsu.

"Siasatan awal mendapati perancang sindiket itu memperoleh data kad kredit dari Malaysia, Singapura, Sri Lanka dan negara lain di Asia Tenggara melalui ejen rangkaiannya.

"Menggunakan peralatan mudah alih, dia (perancang) memindahkan kod bar 14-digit pada jalur magnet kad kredit kepada kad kredit kosong.

"Lelaki itu berhubung dengan orang tertentu di internet untuk mendapatkan kod itu," katanya.

Mengenai tiga suspek itu, Reddy berkata masing-masing bekerja sebagai ejen pelancongan, ejen hartanah dan kerani di sebuah firma perundingan.

Beliau berkata kumpulan itu telah beroperasi sejak dua bulan lepas. - Bernama
Adam MeRAH , Khamis, April 02, 2009 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog