KUALA LUMPUR - Punca sebenar fidofilia masih belum diketahui walau pelbagai kajian telah dilakukan.
Bermacam-macam pandangan diberi kepada punca berlakunya fidofilia atau salah laku seks terhadap kanak-kanak ini.
Ia termasuk kajian psikologi yang mendapati pengalaman penganiayaan seks masa lampau seseorang itu yang mendorongnya menganiaya kanak-kanak lain pula setelah dirinya dewasa.
Menurut Pakar Psikologi dan Kaunseling Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Sapora Sipon, apa yang dimaksudkan ialah kanak-kanak yang dianiaya semasa kecil akan membesar dengan menganiaya kanakkanak lain pula.
"Kajian mendapati, profil penjenayah biasanya berkait rapat dengan pengalamannya semasa kecil. Dalam erti kata lain, penjenayah pernah menjadi mangsa jenayah.
"Bagaimanapun, mangsa fidofilia yang tidak dibantu atau dirawat dari segi mental, emosi dan fizikal akan mendorongnya untuk 'membalas dendam' terhadap orang lain," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.
Jelasnya, pesalah fidofilia memiliki emosi dan mental yang 'sakit' dan mahu mangsanya berkongsi merasai kesakitan dan penderitaan yang dialaminya.
Bagaimanapun, kata Dr. Sapora, ada juga pengkaji yang mengaitkan fidofilia dengan struktur dan fungsi otak.
"Contohnya, ahli seksologi Kanada, James Cantor, Ray Blanchard dan rakan-rakan pada 2004 mendapati lelaki fidofilia mempunyai daya kecergasan fikiran yang lebih rendah.
"Kajian mendapati, lelaki fidofilia sering mendapat markah yang rendah dalam ujian menguji ingatan. Keadaan ini berlaku akibat kecederaan di bahagian kepala semasa kecil yang menyebabkan dirinya hilang ingatan pada waktu tertentu," katanya.
Beliau berkata, selain itu, ada juga yang mengaitkannya dengan genetik, kecelaruan personaliti dan masalah penyalahgunaan dadah.
Dr. Sapora menambah, terdapat kes pelaku fidofilia merasa dirinya tidak berkemampuan untuk melakukan hubungan seks secara normal. Disebabkan itu, jalan yang terbaik bagi dirinya ialah melakukan hubungan seksual dengan kanak-kanak. - Utusan
Selasa, April 14, 2009
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Punca sebenar fidofilia masih belum diketahui silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "