2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Nyahkan gelombang bunyi

Sebuah peredam bunyi kenderaan berfungsi untuk menyahkan atau mengurangkan tahap bunyi sebuah jentera.

RAMAI yang tidak menyedari fungsi peredam bunyi pada kenderaan. Malah, tidak kurang juga yang menukar sistem ekzos dengan menggantikan peredam bunyi sport dengan kaedah yang salah.

Selain boleh menyebabkan anda disaman kerana bunyi ekzos yang bising, peredam bunyi yang salah juga akan menyebabkan kesusutan kuasa yang teruk. Lebih parah lagi, akan mengakibatkan penggunaan bahan api yang tinggi.

Jika anda pernah mendengar bunyi deruman enjin yang tidak dipasangkan peredam ekzosnya, anda tentu boleh mengagak perbezaan tahap bunyinya dengan jentera yang menggunakan peredam bunyi.

Dalam sebuah peredam, anda akan mendapati ia terdiri daripada set tiub yang berlubang padanya. Tiub-tiub ini serta corong yang ada di dalamnya adalah komponen yang telah di tala agar menghasilkan tahap peredaman bunyi yang berkadar. Ia direka agar dapat memantulkan gelombang bunyi yang dihasilkan oleh enjin supaya akhirnya gelombang-gelombang bunyi ini akan ternyah secara semula jadi.

Peredam ekzos menggunakan teknologi yang ringkas tetapi berkesan untuk menyahkan atau mengurangkan tahap bunyi. Jadi, dari manakah datangnya gelombang bunyi yang dihasilkan oleh enjin? Secara asasnya, bunyi adalah tekanan gelombang yang terhasil daripada getaran tekanan udara yang bertekanan tinggi dan rendah.

Gelombang tekanan ini bergerak melalui udara dengan kadar kelajuan yang tinggi yang lebih dikenali dengan nama 'kelajuan bunyi' atau terma Inggerisnya The Speed Of Sound, iaitu pada kelajuan 700 batu sejam.

Di dalam enjin pula, gelombang bunyi ini terhasil apabila terbukanya injap ekzos dan ledakkan tekanan gas ekzos bertekanan tinggi mula memasuki paip penerima sistem ekzos. Molekul dalam gas ekzos ini mula bertembung dengan molekul udara yang bertekanan lebih rendah dalam sistem ekzos dan menjadikan mereka bertindih antara satu sama lain. Dengan pertindihan ini, gelombang bunyi akan keluar terlebih dahulu mendahului gas ekzos yang bergerak lebih perlahan darinya.


REKAAN fizikal peredam bunyi berbeza-beza mengikut aplikasi dan spesifikasi penggunaannya.

Apabila gelombang tekanan ini mula sampai ke pendengaran anda, gegendang telinga kita akan mula bergetar. Otak kita akan mentafsirkan pergerakkan pada gegendang ini sebagai gelombang bunyi. Terdapat dua faktor utama bagaimana kita menerima gelombang bunyi.

Dengan frekuensi gelombang bunyi, frekuensi yang lebih tinggi bermakna pergerakan tekanan udara lebih pantas. Oleh kerana itu, jika enjin bergerak dengan RPM lebih tinggi, kita akan mendengar nada enjin yang lebih tinggi dan jika ketika enjin sedang RPM rendah, nada enjin yang dapat didengar adalah sebaliknya.

Yang kedua adalah kadar tekanan udara. Kadar tekanan gelombang bunyi akan menentukan berapa kuatkah nada bunyi yang akan terhasil. Nada bunyi yang lebih kuat akan menggerakkan gegendang telinga kita dengan lebih getaran dan ketika ini kita akan merasakan sensasi nada yang lebih kuat.

Secara amnya, gas ekzos dan gelombang bunyi bersamanya akan memasuki melalui laluan utama ke dalam peredam. Ia kemudiannya akan mula melantun dari dinding badan peredam dan akan memasuki liang lubang-lubang pada set tiub yang berada di dalam badan peredam.

Ia kemudiannya memasuki liang tiub berlubang kedua yang bersambung dengan tiub yang menghala keluar dari badan peredam.

Corong yang digelar resonator ini biasanya disambungkan pada tiub yang berlubang pertama, tetapi hal ini berubah dan berlainan variasi mengikut rekaan peredam.

Unit resonator ini direka dengan saiz dan panjang tertentu agar dapat menyahkan frekuensi bunyi mengikut kesesuaian.

Apabila gelombang bunyi mula bertembung dengan lubang kecil pada tiub corong resonator, sesetengah darinya akan memasuki liang tersebut dan setengah yang lain akan memantul semula ke dalam badan peredam.

Secara asasnya gelombang yang terpantul akan keluar selepas gelombang pertama keluar dari sistem peredam. Ketika pemantulan gelombang ini, pertembungan antara gelombang terawal dan yang baru memasuki ruang peredaman ini yang akan menyebabkan proses penyah bunyi atau lebih dikenali dengan terma sound canceling terjadi.

Peredaman yang terbaik adalah penting bagi sesetengah jenis kenderaan khususnya jenis kenderaan mewah di mana tahap keselesaan adalah segalanya. Terdapat juga jenis kenderaan mewah yang menggunakan dua unit peredam resonator untuk peredaman bunyi yang maksimum dan dengan rekaan tertentu supaya tidak mengganggu prestasi enjin yang ideal.

Rekaan badan pada peredam juga berbeza-beza mengikut aplikasi serta spesifikasi pengunaannya. Kebanyakan peredam yang mempunyai kadar penyerapan bunyi yang tinggi direka dengan ketebalan badan atau perumah yang lebih kukuh berbanding peredam biasa.


PEMASANGAN peredam bunyi yang salah selepas pengubahsuaian boleh menyebabkan peningkatan penggunaan bahan api.

Walaupun begitu, rekaan peredam yang terbaik tidak dapat ditentukan sepenuhnya. Ini adalah kerana setiap peredam yang dihasilkan merupakan komponen pasif dan tidak mampu berubah mengikut nisbah gas ekzos yang dihasilkan. Jadi setiap rekaan mempunyai kebaikan dan kekurangan masing-masing terhadap faktor tekanan pembalikan atau back pressure yang terhasil atas daya sekatan gas dari tiub utama serta corong resonator. - Kosmo!
'Api' Harjan Milosevic , Isnin, April 20, 2009 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog