2+4 hrs...Twogether Fourever

Jumaat : 25 April 2025   
@ 27 Syawal 1446H / 5:29 AM

12Ahad,April

Lelaki minat bualan terus terang


GOLONGAN lelaki lebih berminat melakukan perbualan berterus terang ketika bercakap dengan wanita. - Gambar hiasan.

BUCKNELL - Golongan lelaki lebih berminat melakukan perbualan yang berterus terang, bukan pendekatan yang mengarut ketika berbual dengan wanita, menurut satu kajian.

Sebuah akhbar semalam mendedahkan kajian itu melaporkan golongan lelaki lebih berterus terang ketika berbual seperti: "Bolehkah saya memberikan anda nombor telefon saya?"

Beberapa penyelidik dari Universiti Bucknell, Pennsylvania menyatakan golongan lelaki sukar untuk membaca isyarat walaupun diiringi dengan gerak-geri tubuh bahasa badan wanita. Kajian itu disiarkan dalam jurnal Personality and Individual Differences.

Penyelidik-penyelidik itu menemui 50 jawapan sama dan bertanya kepada 70 lelaki serta wanita berhubung bagaimana cara mereka menjalin hubungan. Dalam kajian itu, lelaki didapati menggunakan pendekatan berterus terang seperti mengundang wanita untuk pergi makan malam atau menonton filem di pawagam iaitu pelawaan paling banyak.


Bertukar nombor telefon menduduki tempat kedua diikuti dengan undangan yang berlapik seperti: "Adakah anda mempunyai rancangan selepas ini," dan "Apakah yang akan anda lakukan pada malam ini?"

Wanita turut mencatatkan bilangan tinggi berhubung penggunaan pendekatan secara berterus terang tetapi lebih menekankan barisan ayat yang dicipta untuk menyatakan minat bersama.

Seorang pakar psikologi, Dr. Joel Wade berkata: "Tarikh temu janji yang dinyatakan secara berterus terang seperti tarikh temu janji memberikan lelaki petunjuk jelas berbanding dengan menghantar isyarat bukan bahasa yang menyebabkan lelaki perlu membuat tafsiran." - Agensi
Muhammad Ttuyup , Ahad, April 12, 2009 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Muhammad Ttuyup

CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog