NEW DELHI: Polis menyarankan wanita memakai kasut tumit tinggi untuk ke tempat kerja selain membawa beg yang sedikit berat untuk digunakan sebagai senjata menghalang menjadi mangsa pembunuhan yang menimpa eksekutif teknologi maklumat (IT), Jigisha Ghosh dan wartawan Soumya Vishwanathan, baru-baru ini.
Panduan mempertahankan diri itu dihantar ke firma, terutama seperti syarikat media yang memiliki ramai pekerja wanita yang bekerja hingga larut malam.
Timbalan Pesuruhjaya Polis di tenggara New Delhi, Shalini Singh, juga menasihatkan wanita supaya tidak membawa wang tunai yang banyak. Reaksi polis dibuat berikutan kes rompakan dan bunuh Ghosh, bulan lalu.
Wanita berkenaan bercakap di telefon bimbit dan berjalan ke arah rumahnya awal pagi 21 Mac lalu selepas keluar dari teksi apabila diculik, dirompak dan kemudian dibunuh beberapa penjenayah. Mayat Ghosh ditemui di Faridabad, kira-kira 20 kilometer dari kediamannya.Singh, baru-baru ini membentangkan kertas kerja mengenai keselamatan pekerja di firma teknologi maklumat terkemuka, Wipro.
Vishwanathan pula dibunuh 30 September tahun lalu ketika pulang ke rumah selepas habis syif malam di syarikat televisyen tempat dia bekerja. Polis berkata, dua wanita itu dibunuh orang yang sama.
"Saya menasihatkan wanita gunakan beg tangan dan minyak wangi untuk mempertahankan diri. Mereka boleh guna kasut tumit tinggi untuk memijak kaki penyerang, menyembur minyak wangi ke mata penjenayah dan memukul mereka dengan beg.
"Wanita boleh memukul bahagian bawah paras pinggang penyerang. Semua langkah ini membantu melengahkan penjenayah dan membolehkan mereka lari," katanya.
Singh juga memberikan petunjuk kepada pekerja wanita seperti menyimpan nombor kecemasan dalam telefon bimbit mereka dan tidak bercakap di telefon ketika berjalan di jalan raya.
"Wanita perlu berdiri rapat ke dinding supaya dapat memerhati sekeliling. Mereka juga boleh memaklumkan keluarga dan rakan sebelum pulang ke rumah dari pejabat," katanya. - Agensi
Sabtu, April 11, 2009
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Kasut tumit tinggi senjata wanita silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "