2+4 hrs...Twogether Fourever

/

ROKOK 'RINGAN' SAMA BERBAHAYA

ANDAI kata anda melihat di bungkusan rokok tertera kenyataan bahawa rokok itu adalah daripada jenis yang 'ringan', usah terpedaya dengan menyangka yang rokok itu tidak atau kurang membahayakan kesihatan.

Ia hanya satu cara industri tembakau bermain dengan kata-kata.

Kajian telah menunjukkan bahawa sama ada rokok itu jenis 'ringan' (light) atau 'biasa' (regular), pendedahan terhadap nikotin kepada perokok adalah sama sahaja.

Purata, rokok 'ringan' mengandungi kadar nikotin yang lebih rendah, sebanyak 0.4 hingga 0.6 miligram, berbanding dengan rokok biasa.

Tetapi, dalam satu peringatannya, Lembaga Penggalak Kesihatan (HPB) mengingatkan bahawa rokok 'ringan' menyalurkan jumlah nikotin yang sama banyak kepada otak seperti rokok biasa.

Ini kerana hanya segelintir nikotin diperlukan untuk menjejas satu bahagian besar reseptor nikotin di otak.

'Kami prihatin, orang muda terutama remaja, akan terperangkap dengan taktik industri tembakau.

'Ini memandangkan kajian baru menunjukkan bahawa ketagihan terhadap nikotin tidak mengambil masa yang lama untuk melekat pada diri seseorang,' kata Cik V. Prema, Timbalan Pengarah, Divisyen Kesihatan Remaja, HPB.

Sesiapa yang ingin mendapatkan bantuan berhenti merokok, bolehlah lungsuri laman web www.hpb.gov.sg/quit4life. - cyberita
Muhammad Ttuyup , Isnin, Mac 23, 2009 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Muhammad Ttuyup

CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog