LONDON: Ikan robotik, yang dicipta saintis Britain, akan dilepaskan ke laut buat kali pertama untuk mengesan pencemaran, lapor akhbar The Independent.
Robot berbentuk ikan kap itu akan dilepaskan di pelaburan Gijon di utara Sepanyol sebagai sebahagian projek penyelidikan selama tiga tahun. Jika berjaya, saintis berharap ia akan digunakan dalam sungai, tasik dan laut di seluruh dunia, termasuk Britain untuk mengesan pencemaran.
Ciptaan itu, yang meniru pergerakan ikan sebenar, dilengkapi pengesan kimia kecil untuk mencari punca pencemaran bahaya dalam air, seperti kebocoran kapal di pelabuhan atau saluran paip bawah tanah.
Ia kemudian akan memindahkan data menerusi teknologi Wi-Fi apabila dinaikkan untuk menukar bateri yang bertahan sehingga lapan jam.
Penyelidikan itu dibiaya oleh Suruhanjaya Eropah (EU) dan diselaraskan bersama oleh BMT Group Ltd, syarikat perundingan risiko pengurusan dan kejuruteraan bebas.
Saintis penyelidik kanan di BMT Group, Rory Doyle, menyifatkan projek itu sebagai 'pertama di dunia' sambil menambah saintis terbabit mereka bentuk ikan berkenaan menggunakan kaedah khas untuk mengesan dan mengurangkan pencemaran air.
"Ketika penggunaan ikan robot untuk mengesan pencemaran di pelabuhan mungkin kelihatan seperti fiksyen sains, ada alasan amat praktikal untuk memilih bentuk ini. Dengan penggunaan ikan robot, kami membina reka bentuk yang dihasilkan proses evolusi berusia ratusan juta tahun yang memang berkesan.
"Keberkesanan ini sesuatu yang kita perlu untuk pastikan pengesan pencemaran boleh mengemudi persekitaran bawah air beberapa jam," katanya.
Beliau berkata, projek itu akan menghasilkan sistem yang membolehkan ikan memeriksa bawah air, bermakna mereka boleh menganalisis bukan hanya kimia pada permukaan air seperti minyak tetapi juga yang terlarut dalam air.
Lima ikan robotik dibina oleh Profesor Huosheng Hu dan pasukannya di Jabatan Sains Komputer dan Kejuruteraan Elektronik, Universiti Essex. Beliau berharap dapat melepaskan ia ke dalam air menjelang akhir tahun ini.
Ia berharga kira-kira £20,000 (RM100,000) setiap satu untuk dihasilkan dan boleh berenang sejauh satu meter sesaat. - Agensi
Sabtu, Mac 28, 2009
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Robotik kesan pencemaran silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "