
WASHINGTON 26 Mac – Sebuah pesawat F-22 tentera udara Amerika Syarikat (AS) yang merupakan jet pejuang tercanggih di dunia, terhempas di gurun selatan California, semalam.
Keadaan juruterbangnya masih tidak diketahui.
Jurucakap Tentera Udara AS, Richard Johnson berkata, jet tersebut terhempas pada kira-kira pukul 10 pagi semalam (1 pagi ini waktu Malaysia) kira-kira 56 kilometer ke timur laut Pangkalan Tentera Udara Edwards di California.
Jet pejuang itu berlepas dari Edwards dalam satu misi ujian, kata Johnson.
Juruterbang itu berkhidmat untuk pengeluar jet berkenaan, Lockheed Martin, kata seorang jurucakap di Pangkalan Tentera Udara Edwards.
Nahas tersebut adalah yang kedua membabitkan jet F-22.
Direka pada zaman Perang Dingin, jet F-22 telah dikritik kerana didapati kurang sesuai digunakan dalam kempen memerangi gerila yang dijalankan oleh tentera AS di Afghanistan dan Iraq. – AFP
PALMDALE - Seorang juruterbang penguji terbunuh selepas sebuah jet pejuang tentera udara Amerika Syarikat (AS) F-22 terhempas di kawasan gurun, Selatan California kelmarin.
Pesawat pejuang F-22A Raptor itu terhempas di kawasan padang pasir Mojave 56 kilometer ke barat laut Lapangan Terbang Tentera Udara Edwards.
Biro Pengurusan Tanah telah mengenal pasti bahawa kawasan berkenaan sebagai Harper Dry Lake, yang merupakan kawasan kontang yang luas dan tandus yang sebahagiannya berpaya.
Juruterbang jet yang maut itu, David Cooley, 49, berkhidmat selama 21 tahun dengan tentera udara dan menyertai syarikat Lockheed Martin pada 2003.
Syarikat Lockheed Martin tidak menyatakan sama ada Cooley cuba menyelamatkan diri dengan menggunakan kerusi anjal.
Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pangkalan Tentera Udara Edward, Cooley dipindahkan dari tempat kejadian ke Hospital Victor Valley Community di Victorville.
Dia diumumkan meninggal dunia di hospital itu.
Cooley merupakan sebahagian daripada juruterbang yang mengendalikan ujian F-22. - AP
Jumaat, Mac 27, 2009
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Pesawat F-22 AS terhempas silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "