
PER WIMMER bergambar bersama sampel tiket pelancongan angkasa selepas majlis sidang akhbar di Beverly Hills, California kelmarin.
PERLUMBAAN sektor pelancongan angkasa lepas di Amerika Syarikat (AS) semakin rancak dengan kemunculan pemain terbaru ketika ekonomi global dihimpit kemelesetan yang melumpuhkan banyak syarikat besar negara tersebut.
Semalam, syarikat XCOR Aerospace Inc. dari California mengumumkan tawaran melancong ke angkasa lepas pada harga jauh lebih murah berbanding pesaingnya, Virgin Galactic.
Sebelum ini, sektor yang masih baru tetapi menjanjikan masa depan cerah itu dimonopoli oleh Virgin, hasil inisiatif ketua pegawai eksekutif syarikat berkenaan, Richard Branson.
Menurut XCOR yang menjalin kerjasama dengan pengusaha dan pemaju sektor pelancongan berpengalaman, Jules Klar, harga yang ditawarkan syarikat meraka ialah AS$95,000 (RM345,727), iaitu tidak sampai separuh daripada harga tiket Virgin.
Klar pernah mencipta nama dalam industri pelancongan apabila memperkenalkan kempen melancong ke Eropah dengan perbelanjaan hanya AS$5 (RM18.20) sehari pada era 1960-an.
Perjalanan ke angkasa lepas itu akan dilakukan dengan menaiki roket Lynx yang sedang giat dibina di pangkalan XCOR di Gurun Mojave.
Roket dengan dua tempat duduk itu dijadualkan menjalani beberapa penerbangan percubaan seawal tahun depan.
XCOR memberitahu bahawa syarikat itu sudah mendapat tempahan pertama daripada seorang eksekutif pelaburan dan perbankan Denmark, Per Wimmer.
Wimmer akan berada dalam penerbangan sulung Lynx yang dijangka memulakan operasi komersialnya pada tahun 2011.
Perkhidmatan XCOR serupa dengan perjalanan angkasa lepas Virgin yang merancang mengendalikan satu angkatan kapal angkasa orbital.
Kapal-kapal angkasa itu nanti akan dibina berdasarkan rekaan kapal angkasa swasta pertama di dunia, SpaceShipOne.
SpaceShipOne yang direka oleh pereka pesawat dan pemilik syarikat Composites of Mojave, Burt Rutan itu pernah memenangi hadiah AS$10 juta (RM36.3 juta) pada tahun 2004.
Rutan kini terlibat dengan projek pembinaan kapal angkasa dengan kapasiti tujuh penumpang dikenali sebagai SpaceShipTwo untuk Virgin yang menawarkan pengalaman graviti sifar pada harga AS$200,000 (RM727,980) seorang.
Virgin Galactic menjangkakan ujian penerbangan percubaan kapal angkasa itu dapat dilakukan pada awal tahun depan atau 2010 sebelum diikuti dengan penerbangan komersial.
Kempen pelancongan angkasa lepas Virgin itu mendapat sambutan luar jangkaan apabila 200 pelanggan telah membayar deposit sekurang-kurangnya AS$20,000 (RM72,780) sejak tiket-tiket mula dijual pada tahun 2005.
Apabila beroperasi nanti, para penumpang Lynx dijanjikan bahawa mereka akan berada di dalam kokpit kapal angkasa itu bersama pemandunya yang juga bekas komander kapal angkasa, Richard Searfoss.

ILUSTRASI pesawat Lynx keluaran XCOR Aerospace yang dilancarkan di Beverly Hills, California kelmarin.
Searfoss yang juga juruterbang untuk XCOR berpengalaman melakukan tiga penerbangan angkasa lepas sebelum mengambil keputusan untuk meninggalkan Pentadbiran Aeronautik (NASA) pada 1998.
Perjalanan yang ditawarkan kedua-dua syarikat itu melibatkan ketinggian 61 kilometer di atas bumi, cukup untuk meninggalkan atmosfera bumi tetapi belum memasuki orbit.
Keseluruhan perjalanan memakan masa kurang 30 minit, tetapi kata Klar, pakej itu turut menawarkan penginapan lima malam di sebuah resort mewah di Arizona di mana penumpang akan menjalani persediaan bagi penerbangan mereka.
Pada altitud atau ketinggian itu, para penumpang akan dapat melihat bentuk bulat bumi.
XCOR merancang melakukan empat penerbangan sehari kerana kapal angkasa Lynx berupaya berlepas dan mendarat seperti sebuah pesawat penumpang.
"Selagi cuaca berada dalam keadaan baik dan anda ada landasan sepanjang 3,033 meter, anda boleh membawa mereka ke mana sahaja," kata jurucakap XCOR, Douglas Graham. - Reuters
Sabtu, Mac 28, 2009
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Pelancongan angkasa bajet silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "