2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Mudarat salah teknik menyusu

Kesihatan bayi mungkin terancam jika ibu guna cara kurang

LONDON: Doktor Britain melancarkan siasatan mengenai skil penyusuan ibu selepas bukti menunjukkan sebahagian bayi diserang sakit teruk kerana gagal mendapatkan susu mencukupi.

Laporan akhbar The Independent menyebut, penyelidik banyak merekodkan bilangan bayi yang dimasukkan ke hospital di United Kingdom dan Ireland dengan masalah hypernatraemic dehydration teruk, penyakit yang jarang tetapi boleh menyebabkan kematian berpunca daripada kekurangan cecair dan peningkatan paras garam dalam darah.

Keadaan itu sudah dikenal pasti selama bertahun-tahun tetapi tiada kajian dibuat untuk menentukan hadnya. Pakar berkata, mereka menjangkakan hasil kajian menunjukkan antara satu dalam 100 dan satu dalam 1,000 bayi terjejas akibat keadaan itu.

Negara lain mengelak daripada melakukan kajian sama kerana bimbang ia menjejaskan keyakinan dalam penyusuan ibu, yang diketahui memberikan permulaan terbaik bagi kehidupan bayi apabila dilakukan dengan berkesan.

Di Britain, kajian yang dicadangkan membimbangkan doktor di Unit Pengawasan Pediatrik Britain (BPSU) yang cuba melakukannya, berhubung kemungkinan impak kepada penyusuan ibu.

Perunding pediatrik di Hospital Ealing, Colin Michie, dan jurucakap BPSU, berkata: "Ia adalah proses biologi yang dihadapi oleh sesetengah ibu. Pada akhirnya, kita memutuskan untuk perlu melakukan kajian kerana memerlukan maklumat. Faedahnya mengatasi keburukan."

Kejayaan penyusuan ibu bergantung dengan kedudukan tepat bayi, membantunya melekat pada payu dara dan bermula seawal mungkin selepas kelahiran. Sokongan daripada bidan adalah kunci mendapatkan kedudukan tepat tetapi ia berbeza di seluruh negara, katanya.

"Penyusuan ibu bukan semudah yang dilihat. Lebih mudah mengeluarkan susu daripada botol berbanding payu dara dan sebab itulah memberikan susu botol satu kesilapan. Ramai ibu berputus asa.

"Jika ibu tahu bagaimana cara betul menyusukan bayi, masalah ini akan berkurangan. Apa mungkin diperoleh penyelidik ialah ibu tidak mendapat nasihat yang baik. Masalah lebih teruk di bandar dan wanita yang menjadi ibu kali pertama," katanya. - Agensi
Muhammad Ttuyup , Ahad, Mac 08, 2009 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Muhammad Ttuyup

CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog