MIAMI: Pengurusan hidupan liar di Florida melancarkan satu uji kaji untuk memastikan sama ada mereka boleh menghalang buaya daripada kembali menceroboh kawasan kediaman penduduk dengan melekatkan magnet di kepala reptilia itu.
Penyelidik di Muzium Buaya Chiapas di Mexico yang melaporkan kajian di dalam risalah berkata mereka berjaya menggunakan kaedah berkenaan bagi memindahkan 20 ekor buaya sejak 2004.
"Selepas membaca laporan itu kami berasa teruja untuk mencuba kaedah yang sama di sini," kata penyelaras Suruhanjaya Perlindungan Hidupan Liar dan Perikanan Florida, Lindsey Hord.
Buaya adalah haiwan yang amat menjaga 'kawasannya' dan apabila ahli biologi cuba memindahkan reptilia itu dari kawasan bandar ke penempatan baru, ia biasanya akan kembali semula ke tempat ia ditangkap dengan bergerak sejauh 16 kilometer seminggu untuk tiba di tempat asal.
Saintis percaya, buaya bergantung kepada lapangan magnet bumi untuk bergerak dan membantunya kembali ke kawasan asal. Apabila magnet dipasang di kedua-dua belah tepi kepalanya, ia akan menyebabkan reptilia itu kehilangan arah."Magnet berkenaan cuma dipasang untuk tempoh sementara waktu dan kami melekatkannya ketika haiwan itu ditangkap. Ia tidak tahu ke mana kami akan memindahkannya dan hilang arah.
"Apa yang kami harapkan ialah buaya yang dipindahkan ke tempat baru tidak akan kembali semula ke kediaman asal," katanya.
Sejak melancarkan uji kaji Januari lalu, Hord bersama rakannya sudah memasang magnet ke atas dua ekor buaya. Seekor mati dilanggar kereta dan seekor lagi belum 'kembali' setakat ini.
Jumlah buaya Amerika yang pernah menjadi spesies terancam meningkat kepada 2,000 ekor di kawasan selatan Florida yang menjadi habitat tunggal reptilia itu. - Reuters

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
Saya dikenali dengan nama Helang Merah dan nama panggilan, J.Ki, Saya mula menyertai blog ini bermula Oktober 2008

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "