Bagaimanapun, kemunculan pil Viagra pada tahun 1998 berjaya membongkar topik mati pucuk yang selama ini merupakan tabu dan jarang dibincangkan secara terbuka oleh masyarakat.
Sejak itu, masyarakat dunia terutamanya kaum lelaki tidak dapat lari daripada bercerita mengenai Viagra dan kesan ajaibnya.
Kini, peti-peti e-mel setiap hari sarat dengan mel sampah yang menjanjikan 'kejantanan' segera dengan harga murah, penghantaran cepat dan dalam kuantiti yang banyak.
Pil penawar mati pucuk itu sudah membantu lebih 25 juta lelaki mendapatkan kembali syurga kehidupan seksual mereka dan lebih penting, mati pucuk bukan lagi memalukan .
"Viagra seperti letupan bom nuklear," kata Pengarah Ubat-Ubatan Seksual Hospital Alvardo diCalifornia, Dr. Irwin Goldstein.
"Ia mengubati mati pucuk dan pada masa yang sama ia memusnahkan tabu mengenai masalah tersebut," tambahnya.
Sejak pil berbentuk berlian itu muncul, ia diterima baik masyarakat dan menjadi topik perbualan serta jenaka selain perkataan yang kerap didengar di pejabat pakar urologi.
"Pil itu mencipta revolusi dalam kesihatan seksual," kata jurucakap Persatuan Urologi AS, Dr. Ira Sharlip.
"Ia setaraf dengan penyelidikan saintis tahun 1960-an iaitu Sigmund Freud yang berjaya mengubah tanggapan negatif masyarakat mengenai seks," tambahnya.
Menurut Sharlip, usaha Freud dan penemuan Vigara merupakan kemajuan besar dalam pemahaman seksualiti manusia dan penerimaan masyarakat mengenai isu itu.
Sebelum Viagra diluluskan Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) pada tahun 1998 bagi mengubati mati pucuk, kaum lelaki pantang bercerita mengenai masalah dalam kelambu mereka.
"Kami kesal kerana lelaki begitu malu untuk bercerita mengenai mati pucuk dan jarang tampil di hospital untuk mendapat rawatan," kata seorang profesor urologi Sekolah Perubatan Harvard, Dr. Arbraham Morgentaler.
Kaedah rawatan sebelum Viagra seperti suntikan zakar dan pam vakum gagal menarik minat kaum Adam.
Jelas Goldstein, lelaki yang menghidapi diabetes, kanser prostat, kolestrol tinggi dan masalah kardiovaskular tidak dapat menikmati hubungan seks.
"Golongan itu mendapat peluang kedua dengan Viagra dan kehidupan mereka berubah menjadi lebih hebat," katanya.
Pengeluar pil itu, Pfizer memberitahu, Viagra berfungsi dengan meningkatkan aliran darah pada zakar sekali gus membolehkan lelaki mengalami zakar yang keras.
Bagaimanapun, kata Pzifer, ubat tersebut tidak boleh menaikan berahi lelaki dan hanya berkesan apabila nafsu seks seseorang itu terangsang.
Pakar-pakar urologi kerap mendengar pesakit mereka yang pernah mencuba Viagra menyatakan pil ajaib itu membuatkan mereka berasa seperti pada usia 20 tahun.
Tidak lama selepas kemunculan Viagra, dua ubat mati pucuk lain yang tidak kurang popular iaitu Levitra dan Cialis turut diluluskan FDA bagi kegunaan pesakit.
Keterbukaan dalam membincangkan masalah seksual sejak pengunaan Viagra turut membantu doktor mengenal pasti masalah lebih serius yang dideritai penghidap mati pucuk seperti sakit jantung.
"Anda sering mendengar seseorang yang mati mengejut," kata pakar urologi dan penulis buku Seks dan Jantung, Dr. Chris Steidle.
"Hidup anda bukan berakhir jika anda mengalami mati pucuk tetapi ia merupakan tanda-tanda bahawa anda mengalami masalah jantung.
"Anda akan segera berjumpa doktor jika diserang angin ahmar tetapi tidak berbuat demikian jika mengalami mati pucuk," tambahnya. - Agensi

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "