Pakar psikologi mendapati golongan yang memperuntukkan wang untuk sesuatu yang ringkas seperti menonton wayang, makan di luar atau menikmati percutian bersifat menjelajah cenderung untuk berasa lebih gembira berbanding mereka yang membeli barangan material, tidak kira sebanyak mana wang diperuntukkan.
"Kita sukar berasa bosan dengan kenangan indah seperti yang kita rasa dengan objek material. Dalam pengalaman hidup, satu-satunya perkara yang tinggal ialah kenangan mengenai sesuatu, dan ia memberikan keseronokan, yang memuaskan keperluan psikologi lebih tinggi yang dimiliki manusia.
"Material tidak berbuat demikian. Pembelian yang memuaskan keperluan psikologi menghasilkan kebahagiaan. Ia menunjukkan jika anda menggunakan wang dengan cara betul, ia boleh membuat anda bahagia," kata pakar psikologi Universiti San Francisco State, Profesor Ryan Howell, yang melakukan kajian.
Beliau membentangkan kajiannya pada mesyuarat tahunan Persatuan bagi Personaliti dan Psikologi Sosial.
Penyelidik meminta 154 penuntut, yang purata umur 24 tahun dan ramai daripadanya bekerja sepenuh masa, untuk menulis sama ada objek atau pengalaman hidup yang dibeli baru-baru ini.
Selepas menulis mengenai objek, penyelidik kemudian menilai tahap kegembiraan dan kepuasan peserta.
Mereka mendapati peserta yang menghabiskan wang untuk membeli makanan, tiket wang atau pelancongan adalah lebih gembira berbanding mereka yang membeli barangan seperti televisyen atau pakaian.
"Orang ramai masih percaya wang akan membuat mereka bahagia. Mungkin ada benarnya kerana wang membuat seseorang gembira pada satu-satu masa, sekurang-kurangnya apabila mereka gunakan ia untuk pengalaman hidup," kata Howell. - Agensi

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "