LONDON - Makhluk asing (ET) seperti pisang, bercakap dengan loghat Scandinavia dan objek tidak dikenali (UFO) berbentuk berlian pernah dilihat di Britain, lapor sebuah akhbar semalam berdasarkan pendedahan fail sulit kerajaan.
Menurut akhbar berkenaan, kes ganjil melibatkan ET dan UFO itu disiasat oleh sebuah jabatan rahsia di Kementerian Pertahanan iaitu DI55.
Semua fail sulit itu boleh diakses di laman web Arkib Kebangsaan yang menyatakan bahawa Britain didatangi banyak UFO sekitar hujung tahun 1980-an dan awal 1990-an.
Fail itu turut merekodkan lukisan seorang lelaki di London Barat yang melihat ET berbentuk pisang dan memiliki tangan dan kaki seperti manusia pada 16 Mei 1989.
Selain itu, para penyiasat DI55 turut menyoal seorang wanita di Norwich iaitu bandar kedua terbesar di Britain pada tahun 1989 selepas dia menyatakan dihampiri oleh ET yang bercakap dengan loghat Scandinavia dan mendakwa ia dari planet lain.
ET itu menjelaskan bahawa makhluk asing bertanggungjawab melukis bulatan gergasi di ladang-ladang gandum dan diarahkan untuk tidak berhubung dengan manusia tetapi menyatakan ia melawat bumi dengan niat baik.
Wanita itu yang terkejut dengan percakapan ET tersebut melarikan diri ke rumahnya tetapi dia dikejutkan dengan bunyi dengung kuat dan berpaling lalu melihat sebuah piring terbang naik ke udara dan hilang daripada pandangannya. - Agensi

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "