Selasa : 1 April 2025   
@ 3 Syawal 1446H / 2:40 PM

6Jumaat,Mac

Empat rakyat dalam senarai dermawan 2009 Forbes

DERMAWAN... Empat rakyat Malaysia yang dinobatkan Forbes Asia sebagai "Wira Dermawan 2009", (arah pusingan jam) Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Ahmadshah Abdullah; isteri bekas ketua menteri Sabah, Datin Seri Panglima Raya Erom; presiden dan pengasas Limkokwing University of Creative Technology, dan pengerusi Kumpulan Sunway, Tan Sri Lim Kok WingTan Sri Jeffrey Cheah.


SINGAPURA: Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Ahmadshah Abdullah, adalah antara empat rakyat Malaysia yang dinobatkan oleh Forbes Asia sebagai "Wira Dermawan 2009".

Mereka yang lain ialah Datin Seri Panglima Raya Erom, juga dari Sabah dan isteri bekas ketua menteri Datuk Seri Panglima Salleh Said Keruak; pengerusi Kumpulan Sunway, Tan Sri Jeffrey Cheah; serta presiden dan pengasas Limkokwing University of Creative Technology, Tan Sri Lim Kok Wing.

Forbes Asia hari ini mengedarkan terbitan tahunan "Heroes of Philanthropy" ketiganya dan terbitan kedua yang menyenaraikan 48 penderma terkemuka empat daripada setiap 12 negara terpilih yang memberikan sumbangan yang besar dan ada kalanya inovatif, bagi tujuan amal di Asia dan di negara-negara lain.

Dalam satu siaran media di sini, Forbes Asia berkata yang terpilih bukanlah semestinya mereka yang menghulurkan derma terbesar, sebaliknya pilihan itu bertujuan menonjolkan orang yang bermurah hati dari golongan yang berbeza-beza, sebahagiannya yang terpilih tahun lepas, tetapi kebanyakannya nama baru yang patut diberikan pengiktirafan.

Ia berkata krisis kewangan global menjejaskan kekayaan di seluruh Asia, tetapi tahun lepas masih merupakan tahun yang baik bagi sumbangan amal kerana hartawan dan penderma-penderma cuba meneruskan komitmen amal mereka dan antara penerima manfaat itu ialah mangsa gempa bumi Sichuan dan angin puting beliung Myanmar.

Dalam kata-kata penghargaannya, majalah itu berkata Ahmadshah, 62, pemilik harta berskala kecil, mengasaskan Yayasan Tun Ahmadshah pada 2004 untuk membantu mereka yang memerlukan dan menderma kira-kira AS$13,000 setahun.

Ia mengeluarkan biasiswa dan membiayai program pendidikan bagi pelajar-pelajar yang kurang bernasib baik, membayar kos perubatan dan kelengkapan penjagaan kesihatan, serta membantu ibu tunggal, anakanak yatim dan mangsa tragedi.

Raya Erom, 46, mewarisi sebahagian besar kekayaannya daripada bapa mertuanya, Tun Mohd Said Keruak, yang juga bekas Yang diPertua Negeri Sabah, dan melabur dalam sektor pembangunan harta, perkayuan dan pelancongan.

Menurut Forbes Asia, beliau yang bercita-cita membantu seramai orang yang mungkin sejak di bangku sekolah lagi itu menjalankan kerja amal dalam pembangunan kanakkanak, pendidikan, kesihatan, kesenian, muzik perlindungan alam sekitar dan kesukanan.

Raya Erom kemudian menubuhkan Yayasan Kebajikan Suria pada 1996, dan yayasan itu telah membantu lebih 1,000 kanak-kanak di seluruh Sabah.

Tahun lepas beliau menderma sejumlah AS$37,000 dan bentuk wang dan barangan, dan tahun ini yayasan itu akan menubuhkan bahagian kaunseling wanita bagi menangani cabaran kerjaya, kemurungan, kemandulan dan penderaan.

Majalah itu berkata Cheah, 63, memulakan Tabung Amanah Pendidikan Sunway pada 1997, yang telah mengeluarkan biasiswa kolej bernilai AS$12 juta sejak penubuhannya.

Beliau menderma AS$3 juta tahun lepas, kebanyakannya bagi pembinaan dan kerja baik pulih sekolah rendah dan menengah, dan kini merancang untuk menjadikan dana amanah itu sebagai Yayasan Tan Sri Jeffrey, menjelang pertengahan tahun ini, dengan mengambil contoh Yayasan Harvard.

Tentang Lim, 62, Forbes Asia berkata beliau telah menyumbang dan menganjurkan kempen mengumpul dana bagi segalanya, dari usaha membanteras AIDS hinggalah menentang dasar apartheid.

Misi beliau ialah "merintis jalan bagi pembelajaran individu yang memerlukan untuk mengembangkan bakat dan kemahiran mereka sepenuhnya agar mereka boleh menyumbangkan kepada pembinaan negara," kata Forbes.

Tahun lepas, Lim menyumbang sejumlah AS$22,000 kepada perjuangan rakyat Palestin melalui kempen mengumpul dana "Plight of Palestinians: From Grim to Bleak", kata majalah itu. - BERNAMA
Adam MeRAH , Jumaat, Mac 06, 2009 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog