/

Bijak Pilih Makanan Kekalkan Kesihatan, Kata Dr Maximus

KOTA MARUDU, 15 Mac - Masyarakat di negara ini perlu bijak dalam memilih makanan bagi mengekalkan kesihatan kerana gaya hidup sihat membantu mencegah pelbagai penyakit yang boleh memudaratkan kesihatan, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Maximus Ongkili.

"Sekarang ramai orang gemar menikmati makanan segera yang biasanya tinggi kandungan gula, garam dan lemak. Tidak hairanlah banyak di antara kita yang menghidap penyakit jantung, strok, kencing manis, darah tinggi dan barah," katanya.

Berucap merasmikan projek penyelidikan Pure Rus (UiTM) di sini hari ini, beliau berkata maklumat pakar yang diterima menunjukkan bahawa penyakit berkenaan berlaku tanpa disedari oleh individu terbabit.

"Begitu juga dengan peningkatan lemak dalam darah. Justeru, kita perlu mengukur dan mengikuti kaedah cara hidup yang sihat.

"Perkara ini perlu dilakukan secara berterusan dan berkala. Pengalaman negara maju membuktikan program pencegahan berupaya membawa hasil yang baik dan menzahirkan kehidupan yang sihat dan sejahtera," katanya.

Sehubungan itu, Maximus menyambut baik program yang dibawa oleh fakulti perubatan UiTM ke Kota Marudu yang menyasarkan sekitar 600 peserta daripada kalangan penduduk tempatan diberi pemeriksaan kesihatan yang menyeluruh dan mantap.

Katanya kumpulan penyelidik itu terdiri daripada pakar jantung, pakar respiratori, pakar patologi, pakar rawatan keluarga, pakar kesihatan keluarga dan pakar sains.

Maximus, yang juga Anggota Parlimen Kota Marudu berkata program kerjasama antarabangsa itu berpusat di universiti terkemuka di Kanada iaitu MCMASTER University dan didukung oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). - Bernama
try , Isnin, Mac 16, 2009 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog