2+4 hrs...Twogether Fourever

/

AS boleh musnah satelit negara lain

Jeneral Russia tuduh pelanggaran di ruang angkasa satu ujian Washington

MOSCOW: Pertembungan satelit Amerika Syarikat dan Russia awal Februari lalu mungkin satu ujian ke atas teknologi baru Washington untuk memintas dan memusnahkan satelit lain dan bukannya sekadar satu kemalangan, dakwa pakar tentera Russia.

Menurut laporan rasmi, satu daripada 66 satelit dimiliki Iridium, syarikat telekom Amerika, dan satelit Cosmos-2251 Russia, yang dilancarkan pada 1993, bertembung pada 10 Februari lalu kira-kira 800 kilometer di ruang udara Siberia.

Bagaimanapun, bekas ketua perisikan angkasa lepas Russia, Mejar Jeneral (B) Leonid Shershnev, mengemukakan pandangan berbeza dalam temu bual yang disiarkan akhbar Moskovsky Komsomolets, Selasa lalu.

Shershnev berkata, satelit yang terbabit dalam pertembungan itu digunakan oleh tentera Amerika sebagai sebahagian projek penyelidikan Orbital Express 'dua matlamat' yang bermula pada 2007.

Laporan agensi berita RIA Novosti pula menyebut, Orbital Express adalah misi angkasa lepas yang diuruskan oleh Agensi Projek Penyelidikan Lanjutan Amerika Syarikat (DARPA) dan ia diketuai jurutera di Pusat Penerbangan Angkasa Lepas Marshall (MSFC) NASA.

Orbital Express dilancarkan pada Mac 2007 sebagai sebahagian Program Ujian Angkasa Lepas Tentera Udara Amerika, STP-1. Program itu memenuhi semua kriteria kejayaan misi dan tamat secara rasmi pada Julai 2007.

Shershnev mendakwa, tentera Amerika memutuskan untuk meneruskan projek itu untuk 'membangunkan teknologi yang membolehkan pemantauan dan pemeriksaan pesawat angkasa lepas orbit oleh satelit automatik sepenuhnya yang dilengkapi peralatan robotik.'

Pertembungan pada Februari lalu menjadi petunjuk Amerika berjaya membangunkan teknologi seumpama itu dan mampu memanipulasi 'satelit musuh' termasuk pemusnahannya, dengan satu arahan dari pusat kawalan di bumi, katanya. - Agensi
'Api' Harjan Milosevic , Ahad, Mac 22, 2009 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog