Kajian ke atas lebih 800 lelaki, diketuai Universiti Nottingham, juga mendapati aktiviti seksual kerap di kalangan lelaki berusia 40-an tidak banyak menjejaskan kesihatan dan jika dilakukan pada usia 50-an, ia sebaliknya memberi perlindungan daripada penyakit itu.
Bagaimanapun, kajian oleh penyelidik Britain diketuai Dr Polyxeni Dimitropoulou merujuk kebanyakan perbezaan itu kepada melakukan onani berbanding melakukan hubungan seks.
Penyelidik meneliti amalan seksual lebih 431 lelaki yang didiagnos dengan barah prostat sebelum usia 60 tahun, bersama-sama dengan 409 yang dapat mengawalnya.
Semua lelaki berkenaan disoal semua aspek kehidupan seks mereka daripada usia 20-an ke atas, termasuk berapa usia ketika mereka aktif secara seksual, berapa kerap mereka melakukan onani dan melakukan hubungan seks, berapa ramai pasangan seksual dan sama ada mereka dijangkiti sebarang penyakit jangkitan seksual.
"Kami benar-benar mahu melihat kaitan antara aktiviti seksual dan lelaki muda kerana banyak kajian barah prostat memberi tumpuan kepada lelaki tua sedangkan penyakit itu lebih lazim di kalangan lelaki berusia 50-an.
"Hormon memainkan peranan penting dalam penyakit itu dan amat biasa untuk merawat lelaki dengan terapi bagi mengurangkan hormon yang disangka merangsang sel barah. Dorongan seks lelaki juga diatur oleh paras hormon, jadi kajian meneliti teori memiliki dorongan seks tinggi menunjukkan risiko barah prostat," katanya.
Beliau menambah, apa yang membuat kajian mereka lebih menonjol ialah mereka memberi tumpuan kepada kumpulan berusia lebih muda berbanding normal dan memasukkan kedua-dua hubungan seks dan amalan onani pada pelbagai tahap kehidupan peserta. - Agensi

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "