Khamis : 10 April 2025   
@ 12 Syawal 1446H / 8:20 PM

10Selasa,Februari

Antartika lubuk kajian saintifik - Lebih banyak syarikat komersial sanggup melabur di benua beku ini

TIADA negara harus memiliki wilayah Antartika.

Tempoh 50 tahun sudah berlalu sementara banyak pihak masih berusaha ke arah satu persefahaman agar semua penemuan saintifik tentang benua Antartika dikongsi secara bebas oleh negara-negara dunia.

Pihak pemerintah dari pelbagai negara juga sedang cuba menghentikan persaingan paten terhadap kehidupan di benua itu.

Sehingga kini, didapati bilangan syarikat yang membangunkan produk baru melalui penerokaan biologi di Antartika semakin meningkat berikutan permintaan pelbagai industri, termasuk kosmetik dan perubatan.

"Biologi sedang menjalani proses revolusi. Situasi sekarang ini agak sulit," ulas ketua Institut Antarika Chile, Jose Retamales, mengenai ketiadaan garis panduan jelas tentang kerja-kerja merekod organisma dan molekul di benua kutub itu.

Dalam pada itu, pihak yang pernah menandatangani Perjanjian Antartika 1959 merancang untuk berdebat mengenai isu bioprospek di Baltimore pada April nanti.

Perjanjian supaya menjadikan Antartika zon keamanan dan kajian saintifik itu pada mulanya dibuat untuk menghindarkan konflik penguasaan wilayah sewaktu Perang Dingin dahulu.

KAJIAN penjimatan tenaga dan upaya hidup dalam suhu ekstrem turut dilakukan di sini.

Antara lain, perjanjian itu mengesyorkan perkongsian kajian saintifik termasuk aktiviti bioprospek tetapi mengharamkan kerja-kerja perlombongan dan kajian yang berkait dengan tujuan ketenteraan.

Sehingga kini, kemajuan teknologi genetik memudahkan penciptaan produk dan kajian di Antartika. Antara yang telah dihasilkan adalah seperti suplemen diet, protein antibeku, ubat antikanser, enzim dan krim kecantikan.

"Lebih banyak syarikat sedang mengintai Antartika. Trend ini akan meningkat," kata penyelidik kanan di Institut Pengajian Lanjutan milik Universiti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNU), Sam Johnston.

Menurutnya, ciri-ciri penting pada organisma di Antartika telah berevolusi sekali gus memberi manfaat kepada pelbagai industri. Antara ciri yang dimaksudkan itu adalah kajian penjimatan tenaga dan upaya hidup dalam suhu ekstrem.

Nama-nama seperti Procter & Gamble dan Unilever, syarikat kosmetik Clarins dari Perancis, dan pengeluar ubat Novo Nordisk dari Denmark adalah antara 200 syarikat yang tersenarai dalam kumpulan bioprospek UNU.


Clarins, misalnya, menggunakan alga Durvillea antarctica dalam krim muka keluarannya. Unilever pula telah mempatenkan protein antibeku yang ditemui dalam bakteria di tasik Antartika. Kegunaannya adalah untuk melembutkan aiskrim.

TUMBUHAN setinggi satu sentimeter ini mungkin sesuai untuk produk kosmetik.

Johnston memberitahu, terdapat banyak penyelidikan dibuat terhadap organisma di laut. Namun, masalah boleh timbul jika melintasi sempadan perairan antarabangsa. Di Antartika, semua kawasan bebas diteroka di bawah satu perjanjian.

Di bahagian pinggir pantai Antartika, stesen penyelidikan Rothera milik Britain sibuk membuat kajian mendalam tentang kehidupan di sekitarnya, daripada penguin hinggalah ke paus dan mikrob.

"Kami berpendapat bahawa usaha mempaten proses kehidupan yang ditemui di Antartika lebih praktikal daripada mempaten setiap jenis organisma," kata pakar biologinya, Pete Convey.

Sebahagian daripada tarikan Antartika adalah ia telah terpisah daripada kerak benua Amerika Selatan lebih daripada 30 juta tahun dahulu. Semenjak itu, pelbagai cabang kehidupan telah muncul.

"Anda perlu berkunjung ke Marikh atau planet lain untuk menemukan spesies yang berbeza dan luar biasa. Tasik tersembunyi di bawah lapisan ais Antartika, seperti Tasik Vostok di Rusia, mungkin menyimpan seribu satu rahsia kehidupan yang eksotik," kata Retamales. - Reuters
Marjaki Rawo , Selasa, Februari 10, 2009 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Marjaki Rawo

Saya dikenali dengan nama Helang Merah dan nama panggilan, J.Ki, Saya mula menyertai blog ini bermula Oktober 2008

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog