Satu lagi tarikh penting dalam tahun 2008 ialah 27 Ogos 2008 - tarikh pilihanraya kecil bagi kawasan Parlimen Permatang Pauh berikutan peletakan jawatan Dr Wan Azizah Wan Ismail meletakkan jawatan sebagai ahli Parlimen Permatang Pauh.
Satu perbezaan ketara antara penulisan ini dengan karya-karya politik Malaysia yang lain ialah buku ini adalah hasil analisa dan tulisan sekumpulan ahli akademik dari Jabatan Sejarah Universiti Malaya (UM), yang diketuai Dr Zulkanain Abdul Rahman yang bertindak sebagai ketua penyelidik.
Jika Mac 8 merupakan himpunan penulisan yang mewakili pelbagai lapisan masyarakat, Permatang Pauh merupakan analisis yang terperinci mengenai pilihanraya kecil yang mengembalikan Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali ke persada politik nasional.
Antara maklumat yang dimuatkan adalah jumlah pengundian untuk calon berdasarkan saluran di semua daerah mengundi dan rekod keputusan pilihan raya kerusi parlimen Permatang Pauh sejak 1982.
Gambaran menyeluruh
Bab pertama memberikan gambaran menyeluruh mengenai latar belakang kawasan parlimen Permatang Pauh, peratusan pengundi mengikut kaum, dan pusat-pusat pengundian.
Umum mengetahui bahawa Permatang Pauh merupakan kubu kuat Anwar Ibrahim sejak tahun 1982. Ketika melalui zaman gerhana politik sekalipun, pengundi tetap utuh di belakang kepimpinan isterinya, Dr Wan Azizah.
Bab kedua yang menjurus kepada ketokohan dan strategi calon, persaingan antara Anwar Ibrahim dari PKR dengan Datuk Ariff Shah Omar Shah (BN) yang digambarkan sebagai pertandingan antara kepimpinan karismatik Melayu menentang kepimpinan tradisi Melayu.
Sebaliknya, mereka menubuhkan Unit Kerohanian yang menangkis dakwaan Saiful sebelum kehadiran Ramlang Porigi - imam Masjid Wilayah Persekutuan yang turut menyaksikan akuan bersumpah Saiful itu. Beliau hadir untuk menjelaskan apa yang sebenar berlaku di majlis akuan bersumpah Saiful itu.
Dari segi strategi, kesimpulan buku itu ialah BN memperlihatkan kelemahan strategi kerana ketiadaan penyelarasan kempen pilihanraya dan bermatlamat untuk mengurangkan majoriti yang boleh dimenangi Anwar. Bertanding untuk mengurangkan majoriti boleh disamakan dengan menerima hakikat bahawa kemenangan adalah suatu yang tidak pasti.
Analisa terpenting
Analisa terpenting yang diketengahkan oleh para penulis menjurus kepada mengapa Anwar berjaya dalam pilihanraya kecil ini. Anwar menang kerana beberapa faktor:
- Kempen yang tidak menjurus kepada ‘serangan peribadi' terhadap calon BN Arif Shah Omar Shah.
- sokongan padu Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat.
- pengisytiharan cuti bagi memudahkan pengundian oleh Ketua Menteri Pulau Pinang dan sokongan padu DAP.
- Persaingan politik dalaman Umno berikutan berlangsungnya pemilihan Umno bahagian.
Seterusnya para penulis telah menganalisa sudut keselamatan dalam pilihanraya. Terdapat peningkatan kes yang dilaporkan kepada polis. Tindakan provokatif, kejadian memukul wartawan dan ugutan turut mewarnakan pilihanraya kecil ini. Selain itu, pihak polis turut menyiasat kegiatan sindiket perjudian berkaitan pilihanraya ini.
Tidak banyak yang diperkatakan mengenai calon Akim, Hanafi Mamat dalam tulisan ini. Selain dari faktor calon luar dan ketiadaan jentera, Hanafi sememangnya tidak berjaya menambat hati pengundi. Ini dapat dilihat dari jumlah undi di setiap daerah mengundi yang tidak melebihi empat undi.
Buku terbitan Karisma Publications dengan usahasama Jabatan Sejarah Universiti Malaya ini berharga RM15 dan merupakan bahan rujukan terbaik untuk golongan akademik, para penuntut universiti dan mereka yang meminati perkembangan siasah negara. - malaysiakini
Rabu, Januari 14, 2009
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Ulasan buku : Permatang Pauh Ogos 2008 silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "