2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Sindrom 'Mata Merah'

Mengenal pasti mereka yang disaluti iri hati dan cemburu

WAJAH ceria anda yang tidak sabar berkongsi berita gembira anda lulus peperiksaan dengan enam gred kepujian disambut dengan muka masam si teman yang macam endah tak endah melayan anda. Belum sempat anda menamatkan bait-bait ayat anda, si A dah mula angkat kaki beredar daripada pandangan mata anda. Kemudian, dia dah tak nak 'geng' anda.

Kemudian, datang pula si B. B tidak kelip-kelip memandang anda tetapi sayangnya, telinga anda pula berdesing mendengar komen sinisnya: 'Awak dapat enam gred A? Eh... eh... macam tak percaya. Alahai, asyik awak saja dapat kepujian. Bila giliran orang lain? Saya ni belajar macam 'nak rak', gitu juga gred saya. Tak naik-naik.'

Aduhai, pendek kata anda sendiri yang terbiar memujuk hati untuk tidak berkecil hati dengan tindak-tanduk A dan B yang berbaur iri hati dan cemburu. Menangani teman-teman sekolah yang iri dan cemburu memang perkara biasa. Dari mana datangnya iri, sedangkan sebagai teman, kita sewajarnya rasa gembira dengan kejayaan atau rezeki teman kita?

Biasanya, ia terjadi apabila seseorang itu sedang bersedih sangat mengenang nasibnya yang tidak meraih apa yang dicita-citakannya.

Sindrom 'mata merah' atau dalam pepatah Inggeris, green with envy mulalah melanda hati yang tidak senang melihat teman lain pula yang berjaya merangkul nikmat yang anda dambakan. Kerana cemburu dan iri yang menyaluti hatilah, maka yang biasanya menjadi mangsa adalah pelajar bijak yang selalu dapat 'Nombor Satu' dalam kelas, pelajar cantik yang selalu menarik siulan ramai pelajar lelaki ataupun pelajar kaya yang sekejap-sekejap tukar telefon bimbit.

Senario ini berlarutan di alam pekerjaan sehinggakan apabila si teman dapat naik pangkat, akan terdengarlah komen-komen menyampah seperti: 'Dia lagi?' atau 'Bagaimana si pemalas atau si kaki ampu tu boleh naik?'

Pokoknya, perasaan iri itu adalah antara penyakit hati yang boleh membawa pada kemusnahan diri sendiri apabila semangat anda terjejas gara-gara tidak boleh pandang orang lain senang. Cuma, bagaimana cara mengenal pasti orang-orang yang cemburu dengan anda?

1. Kalau mereka diam membisu seribu bahasa apabila dengar anda berjaya

Teman setia akan ceria mendengar kejayaan anda. Tetapi, yang iri biasanya akan diam seketika sebelum hendak tak hendak mengucapkan 'Tahniah' kepada anda. Susah nak kongsi kejayaan orang lain kalau dalam hati membara dengan rasa iri.

2. Mereka mempamerkan aura negatif, buat anda serba gelisah

Entah mengapa kalau anda di sisi orang yang iri, anda pula terasa bagaikan anda dianalisis daripada hujung rambut hingga ke hujung kaki. 'Panas' badan duduk di sisi mereka. Macam nak demam, lebih-lebih lagi kalau mereka lagi suka berdiam diri dan enggan berurusan dengan anda.

3. Tiba-tiba tak mampu bertentang mata

Kalau biasanya mereka suka makan dengan anda di kantin, kini mereka lagi senang berjauhan.

Apabila hati dah berkeladak dengan iri, asal berbual dengan anda saja, mereka akan pandang lain. Semua tu reaksi untuk tutupi rasa meradang mereka terhadap anda.

4. Mulut mereka 'laser', bagai menyiat tangkai hati

Di depan teman-teman lain, mereka akan menjatuhkan anda. Gara-gara iri, mereka yang asalnya nampak baik hati dengan anda mulalah menyindir tak sudah-sudah. Dengan teman lain, dia akan kata: 'Alah... si polan tu bukannya bagus sangat. Itu pun, Cikgu selalu puji dia...' Ini dianggap strategi si 'mata merah' dalam menangani rasa tidak puasnya terhadap kejayaan anda. Langkah sebegini boleh menjejas persahabatan anda, kecuali anda jenis yang akan kata: 'Dia punya sukalah... aku tak apa-apa, dia yang buat dosa menganiaya.'

5. Mereka nak main 'copycat' (tiru anda dan memintas anda) atau 'challenge-challenge' (beradu dan bersaing) dengan anda

Yang diamkan anda tu satu hal. Ada juga jenis orang iri yang lebih merbahaya. Dia akan cuba meniru anda atas sebab menjatuhkan anda. Jadi, kalau katakan dia dengar anda nak membantu Cikgu anda siapkan projek khas pada hujung minggu, dia dulu yang akan menawarkan khidmat sukarelanya.

Orang iri ni pun, ada kalanya, akan cuba bersaing dengan anda. Kalau dia berjaya mengatasi anda, akan puaslah hatinya.

Dalam bersaing, ada yang akan melakukannya senyap-senyap tetapi ada pula yang terang-terangan ingin anda 'jatuh tersungkur' termasuk dengan memburuk-burukkan nama baik anda di sisi teman karib anda atau guru/majikan (bagi yang sudah bekerja) anda.

6. Yang terdahsyat, mereka akan 'sabo' anda

Tentunya anda pernah menonton filem remaja atau drama di mana watak yang iri hati akan membubuh racun pada minuman atau simbah air pada gaun gadis yang mempunyai harapan cerah ditabalkan sebagai 'Ratu Cantik' sekolah.

Merungut, melemparkan kata-kata nista kepada anda ataupun bersaing untuk berebut takhta anda nampaknya tak cukup bagi golongan yang iri ini.

Cara termudah ialah dengan 'menikam belakang' anda dengan cuba menghasut fikiran guru anda, teman lelaki atau temanita anda.

Kalau guru, teman lelaki dan temanita anda jenis yang tak akan selidik dan usul periksa terlebih dahulu, mereka akan termakan fitnah orang yang iri ini.

Bahaya bukan? Tak pasal-pasal, anda pula dibenci mereka yang sebelum ini menyokong kuat, malahan, menyuntik semangat untuk anda berusaha lebih gigih lagi.

CARA TANGANI ORANG IRI
Langkah Pertama: Kenal pasti tanda-tanda iri pada teman anda

Langkah Kedua: Ambil sikap 'buat bodoh saja'. Adakah anda ingin menjejas ketenangan anda mahupun semangat belajar atau semangat kerja anda kerana teman yang 'mendidih' dengan iri ini? Sebaiknya, manfaatkan masa, tenaga positif anda dan bakat anda untuk memikirkan perkara-perkara yang positif. Usah dilayan 'si mata merah'. Buang current saja.

Langkah Ketiga: Jangan pulangkan paku buah keras kepada mereka. Sebaliknya, balas 'racun yang disimbah' dengan 'madu', ikhlas daripada hati. Buat apa nak panjang-panjangkan permusuhan? Bak kata orang, tiada yang berkesan memadamkan api kecuali air. Walaupun berat dilakukan, orang yang berjaya akan membiarkan saja tohmahan dan fitnah yang dilemparkan kepadanya dan merebut peluang berbuat baik dengan teman yang iri. Kalau teman iri itu tidak berhati batu, dia sendiri akan insaf akan kesalahannya itu.

Langkah Keempat: Usah mencontohi tabiat 'si mata merah'. Kalau perbuatan orang yang iri itu dianggap keji, usahlah anda berlaga-laga dengan membalas dendam untuk memburukkannya. Mungkin akan ada teman yang cuba menghasut dengan memberitahu anda: 'Awak tahu si A tu marah benar awak dapat kepujian daripada pengetua?' Senyum saja dan berkata: 'Iya ke?'

Langkah Kelima: Ambil iktibar untuk bermuhasabah diri. Penting untuk kita akur ini merupakan 'rezeki masing-masing' yang sudah ditentukan. Kalau kita asyik menjejak dan mempersoal kelebihan atau nikmat orang lain dan bertanya mengapa ia tidak menjadi milik kita, akhirnya kita sendiri yang tidak bahagia.

sumber
Adam MeRAH , Jumaat, Januari 23, 2009 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog