Pakar warna dunia telah memilih 16 warna untuk 2009 dan 18 warna untuk 2010.
PENGARUH Alam Sekitar Ketara dalam Pilihan Warna 2009 Nippon Paint (M) Sdn. Bhd. (Nippon Paint Malaysia) menghidupkan warna pada majlis pelancaran ramalan trend warna 2009/2010.
Bertemakan As The Colours Turn, Nippon Paint Malaysia mempersembahkan cadangan warnanya menerusi pertunjukan ala fesyen oleh peragawati yang memaparkan aneka warna menarik.
Pada majlis pelancaran itu, Pengarah Urusan Nippon Paint Malaysia, Lee Buck Siang berkata, "Warna adalah satu aspek paling penting dalam kehidupan seharian. Warna alam sekitar mempengaruhi tingkah laku dan mood kita. Sungguhpun kita mungkin tidak menyedarinya, warna persekitaran dalam rumah dan tempat kerja banyak mempengaruhi. Ini menjadikan warna satu komponen mustahak dalam perniagaan cat."
Trend warna dipertimbangkan oleh panel International Colour Marketing Group (CMG), pakar warna dunia yang telah memilih 16 warna untuk 2009 dan 18 warna untuk 2010. Menjelaskan rasional pemilihan warna tersebut, Pengerusi CMG yang juga diiktiraf antarabangsa sebagai pakar warna, Denise Turner berkata, terdapat enam tema utama yang diambil daripada kehidupan seharian.
Bagi tema The Cultural Red, warna yang disyorkan adalah Knockout Red 261A, Red Bark 182A, dan Lavender Posy 6151P. The Young and Restless Yellow diwakili oleh Evergold 1033D dan Meadow Daisy 251A, manakala Fire Princess 7103D adalah pilihan di bawah tema The Playful Orange and Coral.
Faktor alam sekitar tetap mempengaruhi pilihan warna bagi tahun yang akan datang. Rona redup dan tekstur organik, yang dipinjam daripada alam semula jadi, mendapat minat yang ketara. Dua warna, Transition Green 2072P dan Golden Sage 3033D, disyorkan di bawah tema The Movement of the Environmental Activist Green; manakala enam warna dihimpunkan dalam tema The Friends of the Earth Browns, Neutrals and Whites, iaitu Dry Wheat 5022T, Aged Bronze 132A, Expresso 151A, Turned Earth 4203D, Field Stone 4014T, dan Hush White OW 22 1P.
Penekanan kepada minat untuk bersantai dan kecenderungan terhadap rawatan spa melahirkan rona biru Blue Thunder 202A dan Poolside 1142T yang digabungkan di bawah tema The Spa Trendy Blue.
"Cat dan warna adalah satu gandingan. Kami harap persembahan As The Colours Turn akan memberi ilham dan petunjuk kepada industri seni reka dalaman dan juga orang ramai tentang tema warna untuk dua tahun yang akan datang," jelas Buck Siang.

Himpunan 18 trend warna yang disyorkan untuk tahun 2010 juga diumumkan iaitu Clay Vessel 4092T, Dark Chestnut 4173D, Bradford Brown 4193D, Stoker Gray 4243D, Swan Wing OW1 1P, English Rose 232A, Drama Red 271A, Cotillion Red 263A, Melted Butter 7051P, Plum Jam 5172T, Navajo Turquoise 41A, Blue Purple 244A, Porcelain Blue 241A, Citron Rind 14A, Sandle Tan 3023D, Evening Pool 74A, Green Trail 3104T dan Goldsmith 7052T.
Nippon Paint Malaysia ditubuhkan pada tahun 1967. Syarikat itu mengeluarkan cat dan cat lapisan untuk kegunaan rumah dan perindustrian. Setakat ini, NPM mempunyai empat kilang pengeluaran di Malaysia. Dua daripadanya terletak di Shah Alam, satu di Johor Bahru dan di Kota Kinabalu.
NPM kini mengeluarkan lebih 10,000 rumusan cat yang berlainan untuk pasaran hiasan dan seni bina, automotif, perindustrian, lapisan perlindungan dan kapal penangkap ikan.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web www.nipponpaint.com.my.
Jumaat, Januari 09, 2009
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Ramalan trend warna 2009 & 2010 silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "