/

Kerajaan Kaji Cadangan Haramkan Penggunaan 'Handsfree Kit'

KUALA LUMPUR, 15 Jan - Kerajaan sedang mengkaji cadangan pihak tertentu supaya diharamkan penggunaan alat bebas tangan telefon bimbit ketika seseorang sedang memandu kenderaan, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat.

Beliau berkata cadangan itu perlu diperhalusi terutama mengenai risiko terhadap pengguna jalan raya lain ekoran penggunan alat itu oleh pemandu kenderaan.

"Eloklah kita kaji dengan sedalam mungkin (perkara ini) khasnya risiko yang dibawa oleh gelagat-gelagat yang tertentu, misalnya orang yang suka pakai peralatan tertentu, kita akan kaji," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Bersepadu Keselamatan Jalan Raya Musim Perayaan Sempena Tahun Baru Cina 2009 di Stesen Sentral di sini, Khamis.

Ong berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar semalam bahawa kerajaan sedang mempertimbangkan cadangan untuk mengharamkan penggunaan peralatan itu ketika seseorang itu sedang memandu kenderaan.

Laporan itu antara lain memetik kajian oleh Harvard Centre of Risk Analysis yang menganggarkan bahawa penggunaan telefon bimbit ketika memandu menyumbang enam peratus kepada kemalangan jalan raya.


Ong turut ditanya mengenai dakwaan sesetengah pihak bahawa peraturan mewajibkan pemakaian tali pinggang keledar belakang menyinggung perasaan dan tidak mesra rakyat khususnya kepada golongan berpendapatan rendah.

Katanya kerajaan tidak berniat membebankan rakyat berpendapatan rendah tetapi peraturan itu dibuat bukan sahaja untuk menjaga keselamatan mereka tetapi pengguna jalan raya yang lain.

Setakat ini, maklum balas yang diterima adalah menggalakkan dan pemakaian tali pinggang keledar belakang semakin meningkat.

Ong berkata kementerian kini lebih menumpukan kempen keselamatan jalan raya terhadap generasi muda bermula di peringkat sekolah rendah lagi bagi mengikis tabiat buruk pemandu ketika berada di jalan raya.

Kempen "Pendidikan Keselamatan Jalan Raya" itu dikendalikan bersama dengan Kementerian Pelajaran dan mensasarkan pengurangan kadar kematian dalam nisbah dua kematian bagi setiap 10,000 kenderaan menjelang 2010.

Setakat ini, Malaysia berada pada kadar 3.5 kematian bagi setiap 10,000 kenderaan. - bernama
'Api' Harjan Milosevic , Jumaat, Januari 16, 2009 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog