/

Jika Selebriti Hollywood Melacur, Siapa Termahal?


BAYANGKAN berapa agaknya bayaran yang diperoleh oleh selebriti-selebriti terkenal Hollywood jika mereka menjadi pelacur?


Kristin Davis yang terkenal dengan gelaran 'ibu ayam Hollywood' ada senarainya. Dalam satu temu bual dengan majalah Steppin' Out, bos agensi teman sosial Wicked Models itu meletakkan harga bagi selebriti-selebriti jelita seperti Britney Spears, Katie Holmes, Angelina Jolie dan Paris Hilton jika mereka mahu memperdagangkan tubuh badan.

Katanya, bayaran buat Katie Holmes boleh mencecah AS$3,000 (RM10,438) sejam.

"Katie Holmes sangat menarik kerana dia mempunyai wajah gadis kolej Amerika. Bayaran untuk khidmatnya sebagai pelacur boleh mencecah RM8,699 hingga RM10,438 sejam," kata ibu ayam itu yang pernah ditahan polis angkara skandal pelacuran membabitkan bekas Gabenor New York, Eliot Spitzer.

Menurut Davis, Angelina Jolie akan berada di tangga pertama dalam senarainya.


"Jika Angelina Jolie menjadi pelacur dialah yang bakal menjadi nombor satu dalam senarai 'anak ayam' saya. Saya letak harganya sebanyak RM6,959 sejam tetapi anda tidak boleh melanggannya kecuali anda menempahnya selama empat jam. Ini bermakna khidmat Angelina hanya boleh diperoleh jika anda sanggup membayar secara pakej sebanyak RM27,836."

Menyentuh mengenai Britney Spears pula, ujarnya, disebabkan Britney sudah berjaya memulihkan imejnya, maka harga Britney juga mencecah RM6,959 sejam.

"Tapi semasa dia botak dulu, harganya boleh berkurangan hanya RM3,480 sejam," tegas Davis.

Menyentuh pula mengenai bekas calon naib presiden Amerika Syarikat, Sarah Palin, kata Davis, dia tidak layak untuk menjadi pelacur di bawah kelolaannya.

"Sarah Palin comel, tetapi bukan untuk pelanggan-pelanggan saya. Dia boleh bekerja untuk agensi yang mengenakan bayaran lebih murah, mungkin RM1,043 sejam," ujarnya.

Sementara Paris Hilton dan Melania Trump pula bernilai RM6,959 sejam.

Davis yang dikenakan hukuman penjara selama tiga bulan bakal menerbitkan bukunya yang berjudul The Real Sex in the City: True Tales of the Manhattan Madam, yang mengandungi senarai nama ahli politik berpengaruh, selebriti, doktor, peguam dan ahli-ahli bisnes kaya yang pernah menjadi pelanggan pelacur-pelacur di bawah agensi yang dikendalikannya.

'Api' Harjan Milosevic , Ahad, Januari 11, 2009 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog