2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Terapi sel stem hanya temberang?


SEORANG penyelidik memeriksa panel kawalan tangki yang mengandungi darah tali pusat bayi di Bank Darah Tali Pusat di Seoul.


SEJUMLAH pusat perubatan di seluruh dunia dipercayai mengeksploitasi harapan dan kejahilan orang ramai dengan menawarkan terapi sel stem yang belum terbukti berkesan walaupun ia sering diuar-uarkan sebagai ubat ajaib pelbagai jenis penyakit.

Sel stem yang juga dikenali sel induk dihasilkan oleh bahagian sumsum tulang berupaya membentuk pelbagai jenis sel lain di dalam badan manusia seperti sel saraf, sel kulit dan sel darah.

Kritikan itu disuarakan oleh sekumpulan pakar sel stem semalam dalam satu laporan yang mengandungi garis panduan kepada para penyelidik dan penggubal undang-undang.

"Persatuan Antarabangsa Penyelidikan Sel Stem amat mengambi berat mengenai terapi sel stem yang dijual di seluruh dunia sebelum rawatan itu terbukti selamat dan berkesan," kata garis panduan berkenaan.

Persatuan tersebut bagaimanapun enggan menamakan klinik atau laman web terbabit tetapi menyatakan terapi sel stem yang ditawarkan itu telah diteliti dalam satu kajian yang disiarkan oleh jurnal saintifik Cell Stem Cell.

"Pemaparan secara langsung kepada pengguna tentang rawatan sel bersifat terlalu optimistik dan tidak disokong bukti dalam bentuk penerbitan," kata penyelidik Timothy Caulfield dan rakan-rakan dari Universiti Alberta, Kanada.

"Secara purata, terapi sel stem yang ditawarkan oleh empat laman web menelan belanja AS$21,500 (RM78,264) tidak termasuk kos perjalanan dan penginapan pesakit," tambah mereka.

Menurut mereka, terdapat kes-kes di mana terapi berkenaan didapati berbahaya kepada manusia kerana mendatangkan kesan sampingan yang serius.


Sel stem datang dalam pelbagai bentuk seperti sel stem sumsum tulang yang digunakan dengan meluas untuk merawat barah atau sel stem embrio manusia yang membentuk semua jenis sel di dalam badan manusia.

JURUTEKIK makmal perubatan melakukan uji kaji terhadap sel stem di Rehovot, Israel.

Bidang sel stem mendapat tumpuan meluas sejak kebelakangan ini, sebahagiannya, kerana teknologi itu menjanjikan penawar kepada pelbagai penyakit yang sebelum ini tidak dapat disembuhkan seperti Parkinson di samping merawat kecederaan serius.

Namun, teknologi sel stem juga tidak terkecuali daripada dicemari skandal terutamanya kes melibatkan saintis Korea Selatan, Hwang Woo-suk.

Dua tahun lalu, penyelidik itu mengakui telah memalsukan data bagi menyokong penemuan bahawa dia berjaya menghasilkan embrio manusia pertama di dunia dengan menggunakan teknologi klon.

Woo-suk juga mendakwa dia berjaya membiak sel stem daripada embrio-embrio yang dihasilkan itu.

"Terapi sel stem hampir semuanya masih baru dan berada pada fasa eksperimen. Pada peringkat awal, rawatan ini mungkin tidak berkesan dan mengandungi banyak kelemahan.

"Pastikan anda faham apa yang perlu diketahui sebelum membuat keputusan untuk mendapatkan terapi sel stem," kata laporan persatuan tersebut.

Persatuan itu yang termasuk Dr. Marina Cavazzana-Calvo dari Hopital Necker-Enfants Malades di Paris, Dr. Giulio Cossu dari Isntitut San Raffaele di Italy dan Dr. George Daley iaitu pakar di Hospital Boston, menggesa kerajaan dan badan undang-undang di seluruh dunia supaya mengguna pakai garis panduan tersebut.

"Pihak berkuasa memiliki tanggung jawab untuk menghalang pesakit daripada dieksploitasi dan di mana perlu, bertindak menutup kilinik atau pusat perubatan tidak bertanggung jawab itu serta mengambil tindakan disiplin terhadap doktor-doktor yang terbabit," kata Daley dalam satu kenyataan. - Reuters
Muhammad Ttuyup , Jumaat, Disember 05, 2008 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Muhammad Ttuyup

CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog