KUALA LUMPUR, 26 Dis - Budaya penyusuan badan di kalangan ibu-ibu di Malaysia sangat rendah - hanya 14.5 peratus daripada mereka memberikan susu badan kepada anaknya sehingga berumur enam bulan, menurut statistik Kementerian Kesihatan.
Ini disebabkan kejahilan mengenai nilai susu badan, kurang sokongan daripada anggota keluarga dan kakitangan penjagaan kesihatan serta kembali bekerja sebaik sahaja tamat tempoh cuti bersalin yang diwajibkan.
Sebab utama lain ialah makanan bayi komersial yang ada menggambarkan ia adalah sama jika tidak lebih baik daripada susu badan.
Bagi melindungi, mempromosi dan menyokong amalan penyusuan badan di negara ini, kementerian tersebut merangka satu kod etika produk formula bayi yang berkuatkuasa Ogos lepas.
Kod etika pertama diperkenalkan pada 1979 yang didapati tidak berkesan.
Salinan kod etika terkini diperoleh Bernama di sini hari ini.
Kod itu memberikan garis panduan yang jelas untuk mengawal promosi yang kompetitif dan mengiklankan produk komersial bayi yang mungkin dilihat mengatasi kemampuan susu badan.
Ia juga bertujuan memastikan penggunaan formula bayi sewajarnya, berkaitan produk dan makanan tambahan.
Tujuan utama kod itu ialah terhadap pekilang dan pengedar agar jangan memasarkan, mempromosi atau mengiklankan produk itu dalam cara sebagai mencabar atau mengatasi mutu dan kualiti terbaik susu badan.
Penyelidikan menunjukkan susu badan adalah yang terbaik untuk bayi kerana ia memberikan perlindungan terhadap penyakit dan membantu menjalin hubungan rapat antara ibu dan anak.
Mengenai kod itu yang dikaji semula, jururawat kesihatan kanak-kanak Tan Bee Lan berkata ia satu langkah yang sangat baik kerana syarikat mengunakan ibu yang mengandung, pekerja kesihatan, doktor dan malah kanak-kanak sekolah mempromosikan produk mereka.
"Kini diharap dengan kod yang lebih terkini dan berkesan ini, ibu-ibu janganlah terpengaruh dengan memberikan susu formula kepada bayi mereka," katanya.
Tan yang bertugas dalam bidang ini selama 30 tahun berkata susu badan secara idealnya hendaklah merupakan satu-satunya sumber makanan untuk bayi sehingga sekurang-kurangnya enam bulan. - bernama
Sabtu, Disember 27, 2008
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Ramai ibu-ibu di malaysia enggan beri susu badan silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "