SATU kajian selama dua tahun mengesahkan apa yang telah pun diketahui mengenai Singapura - iaitu kawasan pesisiran pantainya selamat dari tsunami.
Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) dalam kenyataannya semalam berkata sebelum ini ia telah menugaskan Universiti Teknologi Nanyang (NTU) dan Universiti Nasional Singapura (NUS) supaya menjalankan kajian untuk menentukan sama ada Singapura mudah terdedah kepada gelombang besar yang disebabkan pergerakan bumi pada 2006.
Kajian itu mendapati dua rantau dekat Singapura berpotensi menyebabkan gempa bumi iaitu Sunda Arc berdekatan Indonesia dan Manila Trench bersempadankan Filipina.
Menggunakan simulasi komputer, penyelidik itu mendapati hanya gempa bumi dengan kekuatan 9 pada skala Richter akan mengakibatkan tsunami yang boleh menjejas Singapura.
Tsunami itu mengambil masa sekurang-kurangnya 10 jam sebelum ia boleh melanda pesisiran pantai Singapura.
Kajian itu mendapati sekiranya senario ini berlaku, ombak tidak melebihi 0.7 meter atas paras laut akan melanda pantai tidak melebihi 50 meter daripada kawasan pesisir pantai.
Enam pantai yang dikenal pasti berisiko ialah Taman West Coast, Taman Labrador, Sentosa, Pulau-Pulau Selatan, Taman East Coast dan Taman Pasir Ris.
Namun NEA berkata ancaman itu terhad kerana kawasan perumahan terdekat dengan kawasan pesisir pantai ialah sekitar 80 meter.
Sebarang kawasan pembinaan juga adalah sekurang-kurangnya 1.25 meter melebihi paras ombak yang tertinggi sekitar 1.5 meter di atas purata paras laut.
Namun NEA berkata ia menjalankan satu sistem amaran di pelbagai agensi bagi memberi notis amaran sekiranya bencana tsunami berlaku.
Menurut NEA, terdapat jangka masa sekurang-kurangnya 10 jam sebelum sebarang tsunami boleh melanda Singapura.
Kajian tsunami itu dibuat setelah tsunami besar melanda pada 26 Disember 2004 hingga mengorbankan 225,000 penduduk. - Cyberita
Selasa, Disember 23, 2008
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang KAJIAN SAHKAN SINGAPURA SELAMAT DARI TSUNAMI silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "