PELAJAR Singapura terus mencapai kejayaan memberangsangkan dalam kajian antarabangsa bagi mata pelajaran Matematik dan Sains dan kali ini ia melibatkan pelajar darjah empat dan menengah dua.
Menurut laporan Trend Kajian Matematik dan Sains Antarabangsa (TIMSS) 2007, pelajar Singapura muncul terbaik bagi mata pelajaran Sains di kedua-dua peringkat darjah empat dan menengah dua.
Pelajar Singapura juga meraih tempat kedua dalam mata pelajaran Matematik di darjah empat dan ketiga dalam Matematik di menengah dua.
Kajian yang dijalankan TIMSS tahun lalu itu melibatkan 59 negara.
Bagi mata pelajaran Sains di peringkat darjah empat dan menengah dua, Singapura berada di depan negara-negara maju lain seperti Hong kong, Jepun, England, Amerika Syarikat, Jerman dan Australia.
Bagi mata pelajaran Matematik di peringkat darjah empat, Singapura berada di tempat kedua di belakang Hongkong, tetapi berada di depan berbanding negara-negara maju lain.
Bagi Matematik di menengah dua, Singapura berada di belakang Taiwan dan Republik Korea.
Menurut Kementerian Pendidikan (MOE) dalam satu kenyataan semalam, kajian Persatuan Penilaian Pencapaian Pendidikan (IEA) yang berpangkalan di Boston, Amerika, itu mengesahkan tahap tinggi pendidikan Singapura.Kajian TIMSS itu melibatkan 6,500 pelajar darjah empat dan 6,000 pelajar menengah dua dari semua sekolah rendah dan menengah di Singapura.
MOE berkata antara faktor utama yang menyumbang kepada pencapaian baik itu ialah sekitaran pembelajaran sekolah yang baik bagi pembelajaran Sains dan Matematik.
'Selain itu, sekolah-sekolah menyediakan pelajar dengan sekitaran yang selamat dan kondusif bagi pembelajaran.
'Sekolah kami akan meneruskan usaha memastikan pelajar memiliki asas-asas kuat Matematik dan Sains yang dapat membekalkan mereka dengan kemahiran yang diperlukan bagi penglibatan mereka dalam masyarakat secara keseluruhannya,' menurut MOE lagi.
Singapura mempunyai peratusan terbesar pelajar yang cekap dan yang melebihi tanda aras Sains di darjah empat (36 peratus), Sains menengah dua (32 peratus) dan Matematik darjah empat (41 peratus).
Malah, 5 peratus pelajar terbaik Singapura memperoleh markah tertinggi bagi Sains darjah empat, Matemaik darjah empat dan Sains menengah dua dan ketiga tertinggi (di belakang Taiwan dan Korea) bagi Matematik menengah dua. - Cyberita

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "