PUTRAJAYA: Konsep kebebasan beragama tidak terpakai bagi umat Islam di negara ini, kata seorang bekas hakim Mahkamah Tinggi di sini, semalam.
Datuk Faiza Tamby Chik berkata, berdasarkan undang-undang di negara ini, tidak mudah bagi seorang penganut Islam untuk keluar daripada agama itu.
Sambil mengambil contoh kes murtad Lina Joy, Faiza berkata dalam penghakimannya, Mahkamah Tinggi memutuskan mengikut Perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan, orang Melayu akan terus kekal sebagai penganut Islam hingga akhir hayatnya.
"Orang Melayu tidak boleh meninggalkan agamanya melalui surat ikatan pol dan mendapatkan perisytiharan berdasarkan Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan," katanya semasa membentangkan kertas kerja bertajuk 'Orang Melayu dan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan' pada Seminar Perbandingan Agama Antarabangsa (ISCOM 2008) yang berakhir semalam.
Seminar dua hari anjuran Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) itu turut disertai ilmuan dari universiti Sydney, Syria dan Filipina.
Faiza kini berkhidmat sebagai felo di Fakulti Syariah dan Undang-Undang USIM.
Bekas hakim itu berkata, mahkamah berkenaan juga memutuskan bahawa sekiranya seseorang bukan Melayu memeluk Islam dan kemudian membuat keputusan untuk keluar daripada agama itu, dia perlu merujuk kepada pihak berkuasa agama negeri yang akan membuat keputusan mengenainya.
Beliau berkata, orang bukan Islam di Malaysia bebas mengamalkan ajaran agama masing-masing, termasuk mengembangkan agama mereka seperti yang diperuntukkan oleh Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.
Bagaimanapun, katanya, undang-undang negara melarang mereka daripada cuba menarik penganut Islam menyertai agama mereka. - Bernam, Bh
Isnin, November 24, 2008
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Umat Islam tidak boleh tukar agama: Bekas hakim silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "