Menteri Kesihatan Datuk Liow Tiong Lai berkata lapan syarikat adalah syarikat pengeluar air minuman berbungkus (AMB) manakala 31 syarikat itu terdiri 16 pengeluar AMB dan bakinya pengeluar air mineral semulajadi (AMS).
Bercakap kepada pemberita selepas melawat kilang minuman Evergreen Manufacturing Sdn Bhd di Taman Perindustrian Pulau Indah dekat sini, hari ini, tiga syarikat AMB di Selangor dibatalkan lesen pengeluaran air minuman mereka. Yang lain melibatkan dua syarikat di Pahang serta masing-masing satu di Negeri Sembilan, Johor dan Kelantan.
Terdapat 156 syarikat pengeluar AMB dan 27 syarikat AMS beroperasi di negara ini.Liow berkata kementerian mendapati kebanyakan syarikat pengeluar AMB dan AMS tidak mengamalkan tahap keselamatan ataupun kebersihan premis yang ditetapkan.
Kementerian Kesihatan sehingga kini mengenalpasti 12 syarikat pengeluar air minuman tanpa lesen dan empat syarikat berlesen gagal mempamerkan nombor lesen pada label produk.
"Kertas siasatan sedang disediakan bagi syarikat-syarikat yang tidak berlesen ini. Selepas siasatan dilengkapkan, kertas siasatan itu akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi tujuan pendakwaan mengikut Peraturan 360B (1A), Peraturan-Peraturan Makanan 1985," katanya.
Dalam perkembangan lain, Liow yang juga Naib presiden MCA menasihatkan syarikat pengeluar air minuman tidak gagal mengemukakan keputusan analisa mikrobiologi kepada kementerian setiap tiga bulan.
"Peraturan mengemukakan keputusan analisa mikrobiologi ini wajib dilakukan oleh syarikat-syarikat air minuman dan kementerian akan mengambil tindakan tegas termasuk kemungkinan membatalkan lesen jika syarikat berkenaan enggan berbuat demikian," katanya.
Sebanyak 16 syarikat masih menunggu kelulusan untuk mendapatkan lesen. - bernama
Rabu, November 26, 2008
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Lapan Syarikat Air Minuman Dibatal Lesen, Manakala 31 Lagi Digantung Lesen silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "