
JOHOR BAHARU, 2 Nov 2008 - Kawasan-kawasan paya bakau di Kampung Sungai Melayu dan Kuala Sungai Skudai di sini dikenalpasti sebagai habitat sejenis burung yang disenaraikan oleh pertubuhan alam sekitar antarabangsa sebagai hampir pupus.
Penasihat Teknikal Malaysia Nature Society Johor (MNSJ) Vincent Chow berkata burung itu yang dipanggil "Milky Story" (Myceteria cinerea) merupakan haiwan yang kini berhadapan dengan bahaya kepupusan.
"Negeri Johor patut merasa bertuah dengan kehadiran burung-burung yang sudah hampir pupus di dunia. Kita perlu memelihara habitat burung-burung itu dan menjadikannya sebuah kawasan tarikan pelancongan alam sekitar," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata pada ketika ini dianggarkan hanya terdapat kira-kira 5,000 burung jenis Milky Stork yang masih hidup di seluruh dunia dan bilangan itu pula semakin berkurangan.
Selain Johor, Vincent berkata burung itu juga boleh didapati di tiga lagi lokasi lain di Malaysia iaitu di Kuala Gula dan Larut, Perak dan di Kuala Selangor, tetapi dalam bilangan yang amat kecil.
Di Semenanjung Malaysia, burung-burung Milky Stork itu pernah di kesan di Johor pada tahun-tahun 1980-an, Melaka pada 1940-an, Kedah pada 1907, Pahang (1980-an) dan Selangor (1930-an), kata penasihat teknikal MSNJ itu.
Selain boleh ditemui di empat lokasi di Malaysia, burung bekenaan hanya boleh didapati di lima negara lain di dunia termasuk Sumatera, Sulawesi, Thailand, Kemboja dan Pulau Jawa, katanya.
Beliau berkata berikutan itu, kerajaan negeri perlu lebih prihatin terhadap pembangunan yang sedang rancak dijalankan di kawasan paya bakau terbabit dan mengelak daripada memusnahkan habitat semula jadi burung itu.
Vincent berkata kawasan paya bakau itu terletak dalam kawasan projek pembangunan hartanah eksklusif Danga Island Villas, yang kini rancak dibangunkan pemaju Danga Bay, membabitkan pembinaan villa eksklusif bernilai jutaan ringgit, dengan majoriti pembelinya dari negara luar.
Kawasan paya bakau di Kampung Sungai Melayu dan Kuala Sungai Skudai itu menjadi pilihan burung "Milky Stork" untuk mendiaminya, berikutan terdapat sumber makanan utama burung berkenaan iaitu ikan Belacak, katanya.
Beliau berkata MSNJ mahu membuat kajian yang mendalam tentang burung yang berhadapan dengan kepupusan itu dan berharap kerajaan negeri dan pemaju dapat bekerjasama dengan pihaknya dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).
Selain itu, beliau berkata kawasan paya bakau yang kaya dengan ikan belacak itu turut dikunjungi spesis burung migrasi dikenali sebagai "Painted Stork" (Myceteria leucocephala), yang juga boleh ditemui di Nepal, India, Bangladesh, Vietnam, Myanmar dan Kemboja.
MSNJ percaya kewujudan sejenis burung hybrid di kawasan paya bakau terbabit hasil kegiatan mengawan burung Milky Stork dan Painted Stork, katanya. - bernama

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
Saya dikenali dengan nama Helang Merah dan nama panggilan, J.Ki, Saya mula menyertai blog ini bermula Oktober 2008

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "