
PULAU PINANG 25 Nov. - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendedahkan wujud penggunaan asid benzoik secara haram dalam pelbagai jenis mi yang mampu memudaratkan kesihatan manusia.
Presidennya, S.M. Mohamed Idris berkata, penggunaan asid tersebut dikesan pada mi kuning, hor fun dan kuetiau di 30 gerai yang menjual barangan itu di beberapa lokasi di negeri ini.
Menurutnya, kajian itu dibuat pihaknya sejak seminggu lalu, selepas menerima satu contoh hor fun yang mengandungi asid tersebut daripada seorang pengguna di Selangor yang bimbang mengenai tahap kualiti makanan berkenaan.
Katanya, mengikut Akta Makanan penggunaan asid itu atau bahan pengawet tidak dibenarkan sama sekali, terutama untuk semua jenis pasta dan mi termasuk kuetiau, hor fun,mihun, laksa, makaroni dan spageti.''Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia mendapati penggunaan asid itu boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit antaranya asma, rhinitis dan alergi selain dikaitkan kepada gejala hiperaktif di kalangan kanak-kanak.
''Dalam satu kajian ke atas beberapa sukarelawan yang diuji dengan dos asid benzoik selama beberapa hari mendapati mereka ini mengalami sakit kepala, lemah serta kepedihan yang teruk," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Menurut Akta dan Peraturan Makanan 1983, penggunaan asid benzoik hanya dibenarkan dalam pemprosesan makanan seperti pes cili, produk kacang soya yang ditapai, belacan, pati minuman, jeruk atau buah-buahan yang dikeringkan.Selain daripada pati minuman yang memerlukan cairan, tahap maksimum yang dibenarkan oleh undang-undang dalam makanan ini ialah tidak boleh melebihi 1,000 parts per million (ppm) dalam apa jua keadaan sekalipun.
Justeru, CAP menggesa Kementerian Kesihatan untuk menjalankan pemeriksaan segera bagi mengawal penggunaan asid benzoik secara haram dalam mi dan juga mengawal penjualannya kepada orang awam kerana ia mudah didapati di kedai.
''CAP juga menghantar surat dan hasil kajian ini kepada pihak kementerian supaya tindakan tegas dan segera dapat diambil.
''Pesalah perlu dihukum dengan menggenakan denda serta penjara yang maksimum supaya mengingatkan peniaga betapa pihak kerajaan serius dalam menangani masalah ini," ujarnya. - utusan
Rabu, November 26, 2008
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Asid benzoik dalam mi silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "