LONDON: Mungkin tidak ramai menyedarinya tetapi mimpi yang diserikan dengan pelbagai warna sebenarnya bergantung pada keadaan televisyen yang ditonton ketika kanak-kanak.
Penyelidik mendapati, golongan berusia 55 tahun ke atas, yang membesar menonton program televisyen hitam putih, lebih kemungkinan mendapat mimpi dengan warna kelabu.
Sebaliknya, golongan berusia 25 tahun ke bawah, yang menonton televisyen warna sepanjang hidup mereka, cenderung mendapat mimpi yang diserikan dengan warna warni ketika tidur.
Penulis kajian berkata, penyelidikan mereka sepatutnya menamatkan perbahasan berdekad-dekad mengenai sama ada mimpi dalam keadaan hitam putih atau berwarna.
Penyelidikan daripada separuh pertama abad ke-20 menunjukkan kebanyakan mimpi hitam dan putih tetapi keputusan daripada ujian pada 1960-an dan selepasnya mendapati sehingga 80 peratus mimpi mengandungi beberapa warna.
Sejak tempoh itu menandakan peubahan antara filem dan televisyen hitam putih diikuti dengan penyebaran meluas Technicolor, penjelasan nyata adalah televisyen memang mempengaruhi mimpi tetapi perbezaan antara kajian menghalang penyelidikan menyatakan sebarang rumusan kukuh.
Kajian terkemudian meminta subjek menyelesaikan diari mimpi sebaik bangun tetapi penyelidikan terdahulu menggunakan soal selidik disiapkan pada pertengahan hari, jadi subjek mungkin sudah terlupa elemen warna dalam mimpi mereka dan menganggap ia kelabu.
Dalam usaha menyelesaikan persoalan itu, pakar psikologi Universiti Dundee, Eva Murzyn, menggunakan kedua-dua kaedah dalam satu kajian.
Beliau meminta 60 orang mengambil bahagian, sebahagiannya berusia bawah 25 tahun dan sebahagian lagi 55 tahun ke atas, menjawab soal selidik mengenai warna mimpi mereka dan pendedahan kepada filem dan televisyen ketika kecil.
Subjek merekodkan aspek berbeza mimpi mereka dalam diari setiap pagi. Murzyn mendapati tiada perbezaan ketara antara hasil yang diperoleh daripada soal selidik dan diari mimpi - menunjukkan kajian terdahulu setanding.
Beliau kemudian menganalisis data untuk mendapati sama ada pendedahan awal kepada televisyen hitam putih masih mempunyai kesan berlanjutan ke atas mimpi subjeknya, 40 tahun kemudian. - Agensi
Isnin, Oktober 20, 2008
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang TV pengaruhi warna mimpi silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "