LONDON: Seorang ibu yang mendapati bayi perempuannya enggan menyusu daripada payu dara kanan pada mulanya menyangka sebagai ragam bayi.
Namun, apabila menghadapi masalah sama dengan anak keduanya, seorang bayi lelaki, Lauren Dixon bimbang ia mungkin bukan satu kebetulan.
Beliau menjalani ujian di hospital swasta yang mendapati dirinya menghidap kanser payu dara sebelah kanan yang bayinya enggan menyusu.
Dixon, 25, kini menjalani kemoterapi lanjutan dan doktor berkata wanita itu bernasib baik kerana penyakit itu dikesan tepat pada masa untuk menyelamatkan nyawanya.
"Bayi saya mungkin memikirkan susu itu merasa atau berbau pelik berikutan kanser payu dara itu. Jika tidak kerana mereka, saya tidak akan berada di sini. Kini, saya bersyukur penyakit itu dikesan tepat pada masanya," katanya yang ditemui di kediamannya di Upminster, Essex.
Dixon, seorang pentadbir pejabat melahirkan anak perempuannya, Ellie pada Februari 2005 dan berdepan masalah penyusuan.
"Apabila anak saya menyusu di sebelah kiri, dia kelihatan baik saja, namun dia enggan menyusu payu dara sebelah kanan. Dia cuba minum susu sebelah kanan, namun selepas itu enggan. Saya tidak memahaminya.
"Bidan berkata sesetengah bayi lebih gemar minum hanya sebelah payu dara berbanding sebelah lagi, justeru saya tidak terlalu memikirkannya," katanya.
Joshua pula dilahirkan Jun tahun lalu dan masalah sama berlaku. April lalu Dixon menjalani pemeriksaan payu dara kanan dan menemui benjolan. "Saya fikir ia tidak terlalu serius kerana saya terlalu muda," katanya.
Dixon kemudian berjumpa doktornya yang bersetuju dengan pendapat itu. Namun seminggu kemudian, benjolan itu masih ada, justeru doktor bersetuju merujuknya ke hospital untuk menjalani ujian lanjut.
Dua hari kemudian, Dixon menjalani imbasan di Hospital Hartswood di Brentwood dan doktor mengesahkan ia adalah kanser.
"Saya bertanya doktor sekiranya ia ada kaitan dengan keengganan bayi saya menyusu di payu dara itu. Mereka berkata tidak mustahil, namun belum banyak penyelidikan mengenainya," katanya. - Agensi

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "