LONDON: Doktor yang masih bingung mengenai kemunculan ruam tidak dapat dijelaskan pada telinga atau pipi pesakit, memberi amaran bahawa sesetengah orang mungkin mempunyai alahan kulit akibat penggunaan telefon bimbit yang keterlaluan.
Persatuan Pakar Dermatologi Britain dalam satu kajian mengesan ruam merah atau gatal, dikenali sebagai 'dermatitis telefon bimbit', memberi kesan kepada orang ramai yang mempunyai reaksi alahan kepada permukaan nikel telefon bimbit selepas menghabiskan masa panjang menggunakan alat itu.
"Memang doktor perlu menyedari perkara ini jika mereka melihat pesakit yang mengalami ruam pada pipi atau telinga yang tidak dapat dijelaskan kemunculannya," kata persatuan itu.
Ia berkata, ramai doktor tidak sedar telefon bimbit boleh menyebabkan keadaan itu.
Kebimbangan mengenai keselamatan telefon bimbit terus memuncak ketika semakin ramai orang bergantung kepadanya untuk berkomunikasi setiap hari walaupun bukti tidak menunjukkan teknologi itu menjejaskan kesihatan apabila tiba pada keadaan lebih serius seperti barah otak.
"Dalam kes dermatitis telefon bimbit, ruam selalunya berlaku pada pipi atau telinga, bergantung di mana bahagian logam telefon itu bersentuhan dengan kulit. Secara teori, ia juga boleh muncul pada jari jika menghabiskan banyak masa menekan butang menu logam," kata persatuan itu dalam satu kenyataan.
Nikel ialah logam yang ditemui dalam pelbagai produk, daripada telefon bimbit hingga barang kemas dan kepala tali pinggang dan antara salah satu punca paling biasa menyebabkan alahan kulit, menurut Klinik Mayo di Amerika Syarikat.
Awal tahun ini, Lionel Bercovitch dari Universiti Brown di Providence, Rhode Island dan pasukannya menguji 22 telefon bimbit popular dari lapan pengeluar berbeza dan mendapati nikel terkandung dalam 10 daripada peralatan itu. - Reuters
Isnin, Oktober 20, 2008
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Ruam kesan penggunaan telefon bimbit silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "