KEMENTERIAN Kewangan dan Bank Negara Malaysia semalam mengumumkan langkah perlindungan deposit di bank, institusi kewangan dan insurans sehingga Disember 2010, dalam usaha mengekalkan kestabilan serta keyakinan pendeposit terhadap sistem kewangan negara.
Bank Pusat itu dalam kenyataan semalam, berkata berkuat kuasa serta-merta, semua deposit dalam ringgit dan mata wang asing di bank komersial, Islam dan pelaburan, serta institusi kewangan pembangunan seliaan Bank Negara, akan dijamin sepenuhnya oleh kerajaan.
"Perlindungan deposit itu dilaksanakan menerusi Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) berkuat kuasa serta-merta hingga Disember 2010.
"Jaminan itu juga diperluaskan kepada semua institusi perbankan domestik dan asing yang diperbadankan di negara ini. Akses kemudahan kecairan Bank Negara juga diperluas kepada syarikat insurans dan pengendali takaful yang diselia bank pusat itu," lapor kenyataan itu.
Pendekatan itu diambil sebagai langkah awal selaras inisiatif negara serantau untuk memelihara keyakinan dalam sistem kewangan masing-masing, susulan ketidaktentuan pasaran kewangan global.
"Ia adalah tindakan awal dan langkah pencegahan... Keyakinan pendeposit kekal kukuh susulan institusi kewangan Malaysia memiliki permodalan teguh dengan kecairan mencukupi.
"Berdasarkan kekukuhan permodalan institusi perbankan negara, besar kemungkinan jaminan itu tidak akan digunakan. Malaysia sudah memiliki rangka kawal atur dan pemantauan yang diperkukuhkan dengan disiplin kewangan oleh PIDM," katanya.
Kenyataan itu menambah, sistem taksiran premium berbeza, menyediakan insentif kepada bank untuk mengambil pendekatan kukuh dan mengamalkan pengurusan risiko ketat, termasuk menyediakan penampan modal yang kukuh.
Sementara itu, PIDM juga memiliki kuasa penyelesaian perlu untuk melindungi pendeposit.
"Bank Negara kekal berhati-hati terhadap sebarang kemunculan risiko serta cabaran ke atas sistem kewangan negara.
"Jika timbul ketidakstabilan selanjutnya susulan perkembangan luaran, Bank Negara juga akan menyediakan perlindungan obligasi antara bank bagi syarikat perbankan, untuk memastikan kecairan mencukupi dan memudahkan akses kepada kecukupan modal pada paras sasaran jauh di atas standard minimum," katanya.
Bank Pusat menambah, pihaknya akan terus memastikan rangka kawal atur kekal peka terhadap situasi pasaran dan mengekalkan insentif bersesuaian untuk pengurusan risiko secara berhati-hati.
Ia untuk membolehkan institusi kewangan terus berfungsi secara terurus sebagai pengantara sistem dan pasaran kewangan. - bh
Jumaat, Oktober 17, 2008
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Perlindungan deposit dikuat kuasa serta-merta (16 Okt. 2008) silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "