KUALA LUMPUR, 13 Oct. – Sesiapa yang menipu di ruang sembang internet bukan sahaja boleh dikesan tetapi juga didakwa di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dengan penjara maksimum 10 tahun dengan sebatan serta denda.
Menurut Ketua Forensik Digital, CyberSecurity Malaysia, Aswami Fadillah Mohd. Ariffin, kepakaran forensik siber sememangnya boleh digunakan bagi mengesan individu yang terlibat.
"Mengikut prosedur biasa, mangsa akan membuat laporan kepada polis dan kemudian dirujuk kepada kami bagi tujuan siasatan siber.
"Siasatan yang berbentuk teknikal akan dilakukan dan jika komputer yang digunakan adalah milik peribadi, identiti dapat dikesan dengan mudah tapi jika di kafe siber, siasatan menjadi sedikit sukar," katanya.
Beliau berkata demikian sebagai merujuk pendedahan Kosmo! Jumaat lalu berhubung tiga individu di Terengganu yang ditipu dalam ruangan sembang internet sehingga mengalami kerugian keseluruhannya berjumlah hampir RM25,000.
Modus operandi sindiket yang menggunakan umpan wanita jelita itu hanya bermula dengan sembang biasa namun berjaya mempengaruhi mangsa dengan meminta memasukkan sejumlah wang kononnya membayar cukai Kastam dan lain-lain.
Bagaimanapun kata beliau, siasatan sukar dilakukan jika individu yang menipu itu menggunakan Internet Protokol (IP) luar negara.
"Ini semua ada kaitan dengan amalan perundangan yang berbeza tapi dalam hal ini pihak kita akan memohon kerjasama polis," katanya.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity, Leftenan Kolonel (B) Husin Jazri menasihatkan pengguna supaya jangan memberikan maklumat peribadi serta pilih nama samaran tanpa jantina semasa berbual di internet. - Kosmo!

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
Saya dikenali dengan nama Helang Merah dan nama panggilan, J.Ki, Saya mula menyertai blog ini bermula Oktober 2008

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "