
Beribu-ribu pemaju kini boleh memperkenalkan aplikasi dan ciri-ciri yang telah mereka bina pada Platform Facebook kepada 80 juta pengguna Friendster di seluruh dunia.
Friendster merupakan rangkaian sosial dan laman web sosial besar pertama untuk menggunakan kedua-dua de facto piawai industri OpenSocial dan Facebook untuk faedah pengguna Friendster dan komuniti pemaju.
Dengan sokongan aplikasi pemaju pada Facebook dan pelancaran sokongan OpenSocial baru-baru ini, syarikat-syarikat dan pemaju individu kini boleh dengan mudah mengguna Platform Facebook, API OpenSocial atau API dibangunkan Friendster-untuk menggunakan aplikasi mereka, atau “apps” pada Friendster. Dengan lebih 60 juta daripada 80 juta penggunanya di Asia, Program Pemaju Friendster kini memberikan cara mudah kepada pemaju untuk mencapai kumpulan terbesar pengguna internet pada rangkaian sosial tunggal di Asia.
Aplikasi pemaju pada rangkaian Friendster memperkayakan pengalaman pengguna dengan memberikan beratus-ratus ciri-ciri baru dan menarik untuk diguna dan dikongsi, dengan ciri-ciri baru ditambah pada setiap minggu. Beratus- ratus ciri-ciri ini termasuk muzik, permainan, 3-D avatars, dunia dan pengalaman virtual, sembang berkumpulan, video, foto, sukan, pertunjukan TV, hiburan, dan berita dan maklumat. Untuk pengguna Friendster, aplikasi memberikan satu lagi cara berhubung dengan rakan dengan mengguna dan mensyorkan aplikasi-aplikasi baru.
Program Pemaju Friendster membolehkan Friendster memperkenalkan bilangan besar ciri-ciri baru, inovatif kepada pangkalan penggunanya yang diwujudkan dari luar oleh pemaju-pemaju. Dengan ini, Friendster telah menjadi satu platform untuk pemaju pihak ketiga untuk mengembangkan kecapaian dan pengedaran mereka.
“Sokongan Friendster untuk kedua-dua platform Facebook dan OpenSocial merupakan satu kemenangan besar kepada perniagaan dan pemaju individu, serta juga pengguna Friendster,” kata David Jones, naib presiden pemasaran global untuk Friendster.
"Untuk pemaju-pemaju yang telah melabur sumber dalam pembangunan dan melancarkan satu app Facebook, Friendster kini telah menjadikan ia begitu mudah untuk mereka port aplikasi ini kepada Friendster, membolehkan mereka mencungkil ke dalam 80 juta pengguna Friendster. Untuk syarikat-syarikat Web 2.0 yang telah membangunkan apps menggunakan API Facebook dan OpenSocial, mereka kini mempunyai kelenturan untuk memilih di antara pendekatan ketika melancarkan aplikasi pada Friendster.” Friendster merupakan satu destinasi yang menarik kepada komuniti pemaju untuk melancar aplikasi-aplikasi sedia ada atau baru, kerana pangkalan besar pengguna Friendster tidak dengan signifikan bertindih dengan rangkaian sosial lain.
Sebagai contoh, Friendster hanya mempunyai 22% pertindihan dengan Facebook,* jadi 78% daripada 57 juta pelawat unik bulanan Friendster** —atau 45 juta pelawat unik bulanan.-merupakan kenaikan untuk pemaju-pemaju Facebook. Tambahan, pemaju-pemaju mempunyai kebebasan untuk mendapatkan wang daripada aplikasi mereka menggunakan apa-apa model pencarian wang pada Friendster. Iklan dibenarkan pada mana-mana sahaja pada sesuatu aplikasi, termasuk laman profil pengguna,memberikan potensi untuk peningkatan dramatik tontonan laman dan pendapatan iklan. Friendster juga telah membina sokongan viral penuh untuk pemaju, jadi pengguna dengan cepat dan mudah boleh berkongsi aplikasi dengan rakan-rakan di Friendster.
Pemaju boleh dengan mudah boleh port aplikasi Facebook mereka kepada Friendster dalam beberapa jam atau beberapa hari. Pemaju boleh pergi ke http://www.friendster.com/developer untuk maklumat lanjut, muat turun dan menyertakan perpustakaan API Facebook di dalam kod (lihat muat turun), dan dapatkan satu kunci API menggunakan borang laman web layan diri kami (lihat Dapatkan Kunci API). Kebanyakan aplikasi mudah untuk di port kepada Friendster, dengan yang paling mudah adalah yang menggunakan kaedah API, tag FBML, pertanyaan FQL atau FBJS yang digunakan sebagai sebahagian dari siaran besar ini. Butiran dan dokumentasi tambahan boleh diperolehi di http://www.friendster.com/developer.
Sokongan platform OpenSocial dan Facebook merupakan dua peningkatan besar kepada Program Pembangunan Friendster yang telahpun berjaya dan dilancarkan pada lewat 2007. Friendster merupakan rangkaian sosial besar kedua untuk melancarkan satu platform pembangunan yang tegap dan hingga kini telah berjaya untuk para pengguna dan pemaju. Sejak pelancarannya, lebih 12 juta pengguna unik telah menambah aplikasi, dan kira-kira setengah juta aplikasi sedang ditambah oleh pengguna kepada laman profil mereka setiap hari. Kini terdapat beribu-ribu pemaju yang berdaftar untuk Program Pembangunan Friendster, secara kasar 2,000 ahli Kumpulan Pada Friendster Program Pembangunan Friendster, lebih 600 aplikasi telahpun dibawa ke Friendster, dan beribu-ribu lagi kini di bawah pembangunan oleh pemaju pihak ketiga. - Bernama/PRNewswire-AsiaNet
Khamis, Oktober 09, 2008
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Friendster kini sokong aplikasi Facebook silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "